Senarai koleksi berita berkisar dengan dunia Islam di seluruh dunia untuk rujukkan serta peringatan buat semua.
Berita
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah memutuskan kebenaran untuk meraikan Hari Raya Aidiladha. Walau bagaimanapun, dalam situasi kita yang masih belum pulih daripada COVID-19 ini, pihak kerajaan juga telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Hal ini adalah untuk mengawal penularan jangkitan wabak daripada terus merebak. Berikut adalah antara […]
29 Jul 2020
29 Jul 2020 • 3 min baca
Berita
Ibadat Haji pada tahun ini bermula semalam dengan ketibaan para jemaah dari seluruh pelusuk Arab Saudi. Ekoran wabak Covid-19 yang menyerang, jumlah jemaah yang dibenarkan pada tahun ini hanya seramai 1000 orang sahaja berbanding 2 juta orang sebelum ini. 70 peratus daripada jemaah terdiri daripada rakyat Arab Saudi manakala 30 peratus lagi adalah daripada warga […]
29 Jul 2020
29 Jul 2020 • 1 min baca
Berita
Menteri Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah mengumumkan bahawa Hari Raya Aidil Adha dan ibadah korban boleh dijalankan namun perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan. Pihak kerajaan memutuskan bahawa aktiviti merentas negeri untuk sambutan hari raya ini adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, rakyat masih lagi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang […]
27 Jul 2020
27 Jul 2020 • 1 min baca
Berita
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius usaha mereka untuk membendung dan membantu proses pemulihan golongan LGBT. Hal ini dilihat melalui sebuah gerakan yang dirancang dengan pelbagai program dan modul yang telah dilakukan agar mereka tidak tersisih dan boleh dirawat. Program Rawatan Dan Pemulihan Komuniti LGBT yang telah diadakan sejak tahun 2011 telah menyediakan pelbagai […]
22 Jul 2020
22 Jul 2020 • 1 min baca
Berita
Seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), solat Jumaat secara umumnya diadakan dalam satu sesi sahaja. Hal tersebut akan diikuti di peringkat Wilayah Persekutuan. Walau bagaimanapun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pentadbiran agama negeri […]
20 Jul 2020
20 Jul 2020 • 1 min baca
Berita
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui kenyataannya menyebut semua masjid dan surau di Negeri Selangor telah diberi kebenaran untuk mengadakan aktviti pengimarahan masjid seperti kuliah dan tazkirah. Adapun, buat surau atau masjid yang ingin mengadakan jamuan selepas aktiviti-aktiviti tersebut, ia boleh dilakukan namun pemberian makanan itu adalah dalam bentuk bungkusan yang perlu dibawa balik oleh […]
17 Jul 2020
17 Jul 2020 • 1 min baca
Berita
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi kenyataannya membenarkan semua masjid dan surau di Negeri Selangor untuk beroperasi secara maksimal berdasarkan keluasan masjid selepas penjarakan sebanyak 1.5 meter. Hal yang telah mendapat perkenan D.Y.M.M Sultan Selangor akan mula berkuatkuasa bermula 17 Julai 2020. Ia adalah termasuk dengan penunaian solat Jumaat dan solat fardu lima waktu secara […]
17 Jul 2020
17 Jul 2020 • 2 min baca
Berita
Nurflix.TV, sebuah platform streaming TV online baru akan mula bersiaran pada Oktober ini, dengan siaran percubaan secara percuma selama tiga bulan. Hal ini diumumkan dalam sidang media yang telah diadakan pada pagi tadi di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Apa yang menarik, Nurflix.TV dibangunkan sebagai platform hiburan yang menghubungkan kerjasama antara golongan ulama […]
16 Jul 2020
16 Jul 2020 • 1 min baca
Berita
Bermula Jumaat ini, 10 Jun 2020, Perak membenarkan solat Jumaat dilaksanakan di semua surau yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Kebenaran ini juga merangkumi surau yang terdapat di institusi pendidikan, kem tentera, berek polis, jabatan serta pejabat kerajaan yang mempunyai ruang solat dengan keluasan yang sesuai. Manakala bilangan jemaah yang […]
8 Jul 2020
8 Jul 2020 • 1 min baca
Berita
Kerajaan akan membenarkan kuliah dan solat Duha kembali dilaksanakan di masjid dan surau bermula hujung minggu ini. Terdahulu, kuliah yang dibenarkan hanya terhad kepada kuliah Maghrib dan Subuh sahaja dengan masa yang terhad, namun kali ini, kelas mengaji dan fardu ain juga boleh dijalankan. Selain itu, tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan bergantung kepada SOP […]
1 Jul 2020
1 Jul 2020 • 1 min baca
Berita
Kerajaan Malaysia telah membenarkan jumlah satu pertiga had kapasiti jemaah diperluaskan ke luar dewan solat utama masjid atau surau contohnya kawasan perkarangan masjid. Hal ini dimaklumkan melalui sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan pada 26 Jun lalu. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan masjid, surau Jumaat dan surau lain di […]
30 Jun 2020
30 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata bahawa keputusan untuk solat Jumaat dua sesi akan diumumkan hujung minggu ini. Beliau juga memaklumkan bahawa perkara itu telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan dipanjangkan kepada pihak berkuasa negeri untuk […]
29 Jun 2020
29 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Kerajaan hari ini mengumumkan kebenaran melaksanakan ibadah korban yang akan disambut pada Julai ini. Ia dibenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, antaranya: #1 – Diadakan di masjid, surau dan kawasan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama. #2 – Selain itu, ia dibenarkan juga dilakukan di 28 rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar […]
25 Jun 2020
25 Jun 2020 • 2 min baca
Berita
Kerajaan Malaysia akhirnya membenarkan pelaksanaan majlis sosial dalam jumlah yang ramai bermula 1 Julai 2020. Jumlah yang dibenarkan adalah tidak melebihi 250 orang dalam satu-satu masa serta bergantung kepada keluasan tempat majlis. Antara majlis keramaian yang dibenarkan seperti majlis pertunangan, majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir serta majlis berkaitan keagamaan seperti tahlil, akikah […]
24 Jun 2020
24 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Perak membenarkan pelaksanaan Solat Aidiladha secara berjemaah di semua surau dan masjid di negeri itu pada 31 Julai 2020 hadapan. Bilangan jemaah yang dibenarkan adalah mengikut had kapasiti keluasan sebenar ruang solat dengan mengambil kira langkah keselamatan seperti penjarakan sosial satu meter antara jemaah. Selain itu, ruang solat muslimah juga dibuka kepada para wanita. Walau […]
24 Jun 2020
24 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Pulau Pinang mengumumkan kebenaran aktiviti kuliah dan ceramah di masjid yang akan bermula hari ini. Aktiviti tersebut hanya dibenarkan antara waktu Maghrib dan Isyak sahaja pada setiap hari dengan jemputan penceramah yang bermastautin di negeri itu dan mempunyai sijil tauliah mengajar. Ceramah yang dilakukan mestilah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan. Berkenaan dengan ceramah […]
24 Jun 2020
24 Jun 2020 • 1 min baca
Kami perlukan RM5,000 setiap bulan untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.