Senarai koleksi berita berkisar dengan dunia Islam di seluruh dunia untuk rujukkan serta peringatan buat semua.
Berita
Terkini, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan bahawa ibadah Haji tahun ini tidak akan dibatalkan. Menerusi Kementerian Haji Arab Saudi, kerajaan bersetuju untuk membenarkan ibadah Haji tahun ini diteruskan dengan bilangan jemaah yang dihadkan kepada umat Islam yang berada di Arab Saudi sahaja. Keputusan yang diambil itu bagi menjaga aspek kesihatan rakyat di negara tersebut […]
23 Jun 2020
23 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan sistem aplikasi yang dikenali sebagai Mobile Jejak Asnaf (MoJa). Ia bertujuan untuk memudahkan orang awam bagi menjejaki asnaf dan melaporkannya kepada skuad mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Aplikasi ini dilengkapi dengan ciri-ciri pengesanan lokasi GPS bagi memudahkan skuad asnaf mengesan dan turun padang ke […]
23 Jun 2020
23 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Bermula Jumaat ini, Solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di Jphor akan dibenarkan dengan tambahan mengikut satu pertiga kapasiti masjid. Kebenaran ini adalah termasuk dengan penunaian solat sunat Aidiladha. Kebenaran itu perlu mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kebenaran menunaikan solat ini adalah […]
22 Jun 2020
22 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengeluarkan garis panduan majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Pihak JAWI sebelum ini telah membenarkan pelaksanaan akad nikah secara online yang mana telah menyaksikan pelaksanaan majlis akad nikah yang pertama dilakukan semasa tempoh PKP pada 18 April 2020. Susulan tempoh PKP telah memasuki fasa […]
19 Jun 2020
19 Jun 2020 • 2 min baca
Berita
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menetapkan untuk membenarkan semula majlis akad nikah dengan kehadiran fizikal, serta menghentikan pelaksanaan akan nikah dengan cara dalam talian. Mengikut ketetapan baru ini, bilangan orang yang dibenarkan menghadiri majlis akad nikah tersebut mestilah tidak melebihi 15 orang, terdiri daripada 7 orang daripada pihak lelaki dan 8 orang di pihak […]
18 Jun 2020
18 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah membenarkan individu berusia lebih 70 tahun untuk turut menunaikan solat Jumaat dan fardu di masjid. JAIM sebelum ini tidak membenarkan warganegara Islam daripada golongan warga emas untuk menunaikan solat jemaah di masjid. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira akan kesihatan individu yang hadir, iaitu mestilah benar-benar sihat dan bebas […]
17 Jun 2020
17 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Negeri Perak membenarkan solat jemaah mengikut kapasiti keluasan sebenar ruang solat masjid bermula dengan solat Jumaat pada 19 Jun 2020. Walau bagaimanapun, buat masa ini, kehadiran menunaikan solat jemaah di masjid dibenarkan hanya kepada warganegara sahaja. Pelaksanaannya mestilah menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan. Antaranya adalah jarak satu meter antara setiap jemaah, kehadiran […]
17 Jun 2020
17 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini telah melancarkan sebuah platform digital dinamakan MyBahagia bagi membolehkan pasangan yang ingin bernikah mengikuti kursus pra-perkahwinan secara dalam talian. Platform itu mengandungi 11 modul praperkahwinan mengikut garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merangkumi pelbagai aspek seperti pengajian kewangan, undang-undang, teknlogi maklumat dan perubatan. Kursus dalam talian ini hanya […]
11 Jun 2020
11 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Selangor membenarkan solat jemaah di masjid bermula dengan Solat Jumaat esok dengan pertambahan bilangan jemaah seramai 40 orang, tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid. Walau bagaimanapun solat jemaah yang dibenarkan hanya Solat Fardu Subuh, Maghrib dan Isyak sahaja di 39 buah masjid yang telah ditetapkan sebelum ini. Manakala, Surau Kebenaran Solat Jumaat masih tidak […]
11 Jun 2020
11 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengumumkan bahawa masjid, surau diri Jumaat dan surau-surau di Wilayah Persekutuan dalam kawasan zon hijau akan dibuka bermula esok dengan had jumlah jemaah yang dibenarkan adalah satu pertiga daripada jumlah had kapasiti dewan solat. Pihak masjid dan surau boleh melantik sukarelawan […]
11 Jun 2020
11 Jun 2020 • 2 min baca
Berita
YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengumumkan bahawa status pelaksanaan ibadah Haji pada tahun ini akan ditangguhkan ke tahun hadapan, 2021. Langkah yang telah diambil ini adalah berdasarkan taklimat yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Tabung Haji (TH), perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Malaysia Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama […]
11 Jun 2020
11 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Perak sebelum ini yang hanya membenarkan seramai 12 orang jemaah sahaja untuk solat di masjid, kini mengambil langkah susulan dengan membenarkan seramai 40 jemaah untuk menunaikan solat Jumaat dan fardu. Perkara ini telah dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Shah dan telah mendapat perkenan baginda. Hal ini diambil selepas menimbang tara nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa […]
10 Jun 2020
10 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi mengambil keputusan menutup semula 71 buah masjid apabila 19 orang ahli jemaah serta pekerja masjid didapati positif Covid-19. Pada 31 Mei lepas, kerajaan Arab Saudi telah membenarkan lebih 90,000 buah masjid dibuka untuk umat Islam kembali menjalankan rutin ibadah, dengan mengekalkan langkah-langkah keselamatan seperti memastikan jarak 2 meter, menggunakan […]
10 Jun 2020
10 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Kerajaan negeri Terengganu hari ini telah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menunaikan solat fardu lima waktu di semua masjid dan surau secara berjemaah. Keputusan itu akan dikuatkuasakan bermula 12 Jun ini dengan membenarkan semua umat Islam di negeri itu berjemaah semula di masjid. Kebenaran tersebut yang telah mendapat perkenan Sultan Terengganu adalah seiring dengan Perintah […]
9 Jun 2020
9 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman berkenaan berkenaan surau di pusat membeli belah dan R&R bakal dibuka bermula esok. “Mesyuarat hari ini membenarkan pembukaan semula surau di pusat beli belah dan kawasan rehat dan rawat. Kita tahu rentas negeri kini dibenarkan mulai esok dan saya percaya ramai akan melakukan perjalanan […]
9 Jun 2020
9 Jun 2020 • 1 min baca
Berita
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengumumkan status penghantaran jemaah haji Malaysia pada Khamis ini. Perkara ini dikhabarkan akan dibuat dalam satu sidang khas selepas sidang media harian oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Antara hal lain yang turut akan diketahui Khamis ini […]
9 Jun 2020
9 Jun 2020 • 1 min baca
Kami perlukan RM5,000 setiap bulan untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.