Kami berhasrat untuk membangunkan satu organisasi yang sentiasa berimpian dan berusaha untuk menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
tzkrh.com adalah platform yang tepat untuk kita sama-sama meyumbangkan tenaga, kemahiran dan kepakaran untuk membangunkan, mendidik dan memandaikan masyarakat Islam Malaysia.
Jika anda percaya dengan visi dan misi kami, maka anda boleh bersama-sama kami untuk merealisasikannya.
Editor akan bertanggungjawab untuk melakukan penyuntingan ejaan, struktur ayat dan sebagainya terhadap artikel yang disumbangkan oleh para penulis. Mempunyai pengetahuan agama Islam yang mendalam adalah satu kelebihan.
Kemahiran yang diperlukan:
(1) Boleh menulis dan membaca Bahasa Melayu yang baik.
(2) Biasa menggunakan Content Management System (CMS) WordPress.
(3) Teliti, kreatif dan tekun bekerja.
Status: Sepenuh Masa / Separuh Masa / Freelance / Internship
Pembangun laman web bertanggungjawab untuk membuat penambahbaikkan terhadap platform tzkrh.com dengan pengetahuan ‘user interface‘ dan ‘user experience‘ agar menjadi satu laman web yang mesra bagi para penulis dan pelawat yang mencari bahan tazkirah.
Kemahiran yang diperlukan:
(1) Mahir dengan HTML/CSS.
(2) Mahir dengan Adobe Photoshop/Illustrator.
(3) Mahir dengan struktur WordPress.
(4) Boleh menggunakan jQuery & Java Script.
(5) Mempunyai pengetahuan mengenai ‘user interface’ dan ‘user experience’.
Status: Separuh Masa / Freelance
Menghasilkan pelbagai artikel tazkirah yang menarik dan berinformasi secara konsisten mengikut KPI yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Kemahiran yang diperlukan:
(1) Boleh menulis dan membaca Bahasa Melayu yang baik.
(2) Mempunyai ekspresi idea yang menarik.
(3) Teliti, kreatif dan tekun bekerja.
Status: Separuh Masa / Freelance / Internship
Jika berminat, hantarkan permohonan anda berserta maklumat lengkap (resume) ke [email protected] dan nyatakan kenapa anda adalah orang yang layak untuk kami pilih. Bayaran adalah bergantung kepada pengalaman, hasil kerja anda dan persetujuan bersama.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.