Tentang

tzkrh.com dimulakan pada bulan September tahun 2014 kerana terinspirasi dengan beberapa potong ayat suci al-Quran dan hadis baginda Rasulullah s.a.w. berkaitan ganjaran besar menanti mereka yang memberikan peringatan serta menyampaikan ilmu walaupun hanya satu ayat.

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. Surah Adz-Dzaariyaat 51:55

Alhamdulillah, dengan sokongan pelbagai pihak, wadah cetusan inspirasi ini dapat bergerak sehingga saat ini. Mudah-mudahan Tuhan merahmati dan mempermudahkan urusan kami menyampaikan dakwah maya ini.

Visi & Misi

Islam is really a way of life that preaches freedom for all, including non-Muslims.Dr Tareq al-Suwaidan

tzkrh.com ingin menjadi sumber ilmu, peringatan dan inspirasi kepada semua, termasuk bukan Islam untuk menjalani kehidupan dengan nilai Islam.

Untuk mencapai visi di atas, tzkrh.com akan:

  • Menerbitkan konten Islamik yang lebih ringan dan berkualiti di dalam pelbagai topik agar ia boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat.
  • Memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyumbangkan konten di dalam bentuk idea, pandangan dan pengalaman.
  • Memastikan setiap konten disebarkan melalui pelbagai platform berdasarkan perubahan teknologi terkini.

Kami tidak akan sesekali menerbitkan sebarang konten yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, contohnya menghina agama lain, politik, perpecahan mazhab dan sebagainya. Semoga ini adalah wadah penyatuan, bukan lagi perpecahan bagi semua khususnya komuniti umat Islam.

Tempat Operasi

Tazkirah Media Global (KT035885714-P),
4262-B, Jalan Kebun Sultan,
15350 Kota Bharu, Kelantan.
Email: [email protected]


Kongsikan Halaman Ini

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami