Koleksi Berita

Senarai koleksi berita berkisar dengan dunia Islam di seluruh dunia untuk rujukkan serta peringatan buat semua.

Berita Terkini


Berita

Animasi Alif & Sofia Melancarkan Koleksi Buku Pertama ‘Siri Sayangi Rasul’

Primeworks Studios dengan kerjasama Blindspot Studios telah melancarkan koleksi buku pertama di pasaran Malaysia hasil dari siri animasi Alif & Sofia, iaitu ‘Siri Sayangi Rasul’. Kerjasama yang melibatkan penerbit bersama siri animasi Alif & Sofia dan syarikat penerbitan Armoni Gold Mind melancarkan koleksi buku pertama Alif & Sofia bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini. […]

29 Oct 2020

29 Oct 2020  •  1 min baca

Berita

Garis Panduan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh PKPB

Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) telah mengumumkan untuk memberi kebenaran kepada pasangan bagi melangsungkan akad nikah. Kebenaran itu mula berkuatkuasa hari ini, 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020 dengan memastikan setiap garis panduan dipatuhi. Antara garis panduan yang telah ditetapkan ialah; #1 – Akad nikah dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada […]

27 Oct 2020

27 Oct 2020  •  1 min baca

Berita

Majlis Akad Nikah Dibenarkan Dalam Tempoh PKPB

Berikutan dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 November 2020, Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) memutuskan memberi kebenaran majlis akad nikah untuk dijalankan. Walau bagaimanapun, ia hanya diberikan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada JAWI serta yang telah membuat temujanji. Kebenaran […]

27 Oct 2020

27 Oct 2020  •  1 min baca

Berita

“Buat Perkara Yang Boleh Bantu Kehidupan Akhirat Kelak” – Khabib

Hari ini, arena sukan tinju dikejutkan dengan pengumuman persaraan Khabib dari sukan itu. Khabib Nurmagomedov telah mengumumkan berita itu sejurus selepas kemenangannya dalam perlawanan menentang Justin Gathje menerusi aksi UFC 254 pada awal pagi tadi. Menurutnya, persaraan itu adalah untuk menjaga ibunya serta menikmati kehidupan ini dengan bebas. Penulis tertarik untuk berkongsi sebuah perkongsiannya menerusi […]

25 Oct 2020

25 Oct 2020  •  2 min baca

Berita

JAKIM Kini Diiktiraf Sebagai Badan Pensijilan Halal Bertaraf Dunia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperoleh kelulusan akreditasi ISO/EEC 17065:2012 (Penilaian Kesesuaian – Keperluan untuk badan yang mengesahkan produk, proses dan perkhidmatan) dan diiktiraf sebagai badan pensijilan halal bertaraf dunia. Menurut Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pengiktirafan itu membolehkan JAKIM lebih dikenali sebagai badan pensijilan halal yang boleh memenuhi semua keperluan, piawaian dan […]

16 Oct 2020

16 Oct 2020  •  1 min baca

Berita

COVID-19 – Masjid Dititah Melaksanakan Solat Hajat Dan Doa Selamat

Berikutan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Sabah dan juga Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya, rakyat disarankan menunaikan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada wabak. Hal ini dititahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa […]

16 Oct 2020

16 Oct 2020  •  1 min baca

Berita

Solat Jumaat Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan, Tidak Melebihi 50 Jemaah

Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikuatkuasakan pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk membenarkan solat Jumaat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, jumlah jemaah mestilah tidak melebihi 50 orang bergantung kepada keluasan ruang solat masjid dan surau. Jemaah pula akan ditentukan […]

15 Oct 2020

15 Oct 2020  •  1 min baca

Berita

Solat Fardu Berjemaah Di Selangor Terhad Kepada 3 Jemaah Sepanjang PKPB

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikuatkuasakan pada hari ini, 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020, solat fardu secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh Selangor hanya dihadkan kepada tiga orang jemaah sahaja. Penunaian solat Jumaat dan kuliah Maghrib, kuliah Subuh serta kuliah Dhuha juga ditangguhkan sepanjang tempoh ini. Walau bagaimanapun, […]

14 Oct 2020

14 Oct 2020  •  1 min baca

Berita

PKPB – Hanya 6 Orang Dibenarkan Berjemaah Di Masjid

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal dikuatkuasakan pada 14 Oktober 2020. Seiring dengan itu, beliau juga telah mengumumkan mengenai cadangan untuk mengimarahkan masjid dengan membenarkan masjid dan surau bagi melaungkan azan dan menunaikan solat secara berjemaah. Jemaah […]

13 Oct 2020

13 Oct 2020  •  1 min baca

Berita

COVID-19 – Saranan Melakukan Solat Hajat Di Masjid Dan Surau

Bermula hari ini, semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran untuk menunaikan solat sunat hajat. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail berkata, solat sunat hajat ini disaran dilakukan selama tiga hari berturut-turut bermula pada 7, 8 dan 9 Oktober 2020. Ia akan dilakukan selepas […]

7 Oct 2020

7 Oct 2020  •  1 min baca

Berita

Kerajaan Arab Saudi Membenarkan Umrah Secara Berperingkat Bermula Oktober Ini

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa umrah akan dibenarkan secara berperingkat bermula Oktober hadapan. Hal ini diumumkan setelah 7 bulan ibadah umrah ditangguhkan berikutan Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Kebenaran mengerjakan umrah ini mempunyai empat peringat: Peringkat pertama, kebenaran diberikan kepada penduduk yang berada dalam Arab Saudi sahaja bermula 17 Safar 1442 Hijrah iaitu 5 […]

23 Sep 2020

23 Sep 2020  •  1 min baca

Berita

Kebenaran Menunaikan Umrah Bergantung Kepada Nasihat Dari MKN & KKM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengumumkan bahawa keputusan untuk rakyat Malaysia dibenarkan menunaikan umrah atau tidak, bergantung kepada nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hal itu berikutan kerajaan Arab Saudi yang telah membenarkan semula ibadat umrah bermula 4 Oktober ini […]

23 Sep 2020

23 Sep 2020  •  1 min baca

Berita

Muslim-Friendly Accommodation Recognition (MFAR) – Usaha Islamic Tourism Centre Untuk Pelancongan Mesra Muslim

Islamic Tourism Centre (ITC), salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya, Malaysia telah memperkenalkan Pengiktirafan Premis Pelancongan Mesra Muslim (Muslim-Friendly Accommodation Recognition) lebih kurang setahun yang lalu. Hari ini, pihak ITC telah mengadakan satu sidang media bagi melancarkan logo MFAR yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni […]

3 Sep 2020

3 Sep 2020  •  1 min baca

Berita

Tan Sri Syeikh Ghazali Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Dan Sivil Baharu

Kerajaan telah merombak, meneliti dan menyusun semula keanggotaan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dengan lantikan Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj. Abdul Rahman sebagai Pengerusi yang baharu. Beliau yang merupakan bekas Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie bakal mengetuai sembilan lagi anggota lain. Bersempena dengan penamatan keanggotaan Jawatankuasa Teknikal pada […]

3 Sep 2020

3 Sep 2020  •  2 min baca

Berita

Warga Asing Dibenar Berjemaah Di Masjid Bermula 1 September

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa warga asing akan dibenarkan menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau bermula 1 September ini. Walau bagaimanapun, mereka masih lagi perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Begitu juga dengan pihak masjid yang disarankan untuk mengambil langkah-langkah terbaik dengan mengikut SOP yang disediakan […]

25 Aug 2020

25 Aug 2020  •  1 min baca

Berita

Solat Sunat Aidiladha Di Selangor – Siapa Cepat Dia Dapat

Jabatan Agama Islam Selangor mengumumkan bahawa pelaksanaan solat Sunat Aidiladha di masjid dan surau pada Jumaat ini akan dibuat dengan kaedah kehadiran jemaah secara terbuka. Hal ini bermakna, sesiapa sahaja dibenarkan untuk hadir, sehingga kapasiti jemaah sebenar ruang solat dipenuhi dalam keadaan penjarakan sosial 1 meter dipatuhi. Manakala, kehadiran jemaah wanita hanya dibenarkan di Masjid […]

29 Jul 2020

29 Jul 2020  •  1 min baca

5,617,619++ Orang Telah Mendapat Manafaat Dari Platform Ini..

Kami perlukan RM5,000 setiap bulan untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami