Ibadah

Zikir Ringkas Selepas Fajar Yang Luar Biasa Ganjarannya

Oleh Natirah Azira  •  2 Oct 2018

Mengatakan bahawa kita sentiasa mengingati Allah itu mudah. Namun zikir adalah buktinya. Zikir merangkumkan kedua-duanya, mengingati dan juga menyebut dengan lidah.

Rasulullah SAW bersabda : “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan (timbangan amal hari kiamat) dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, iaitu kalimat Subhanallah wa bihamdihi subhanallahil adzim (Maha Suci Allah dengan segala Puji bagi-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung).” (HR. Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072).

Ada suatu cerita menarik berkenaan keutamaan zikir juga yang telah terabadi dalam riwayat dibawah:

“Dari Juwairiyah (binti Al Harits, isteri Nabi SAW) R.A katanya : Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya.

Rasulullah bertanya kepadanya. “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak ku tinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah. “Betul, ya Rasulullah!”

Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata ‘arsyihi, wa midada kalimaatihi “(Hadis Riwayat Muslim)

Maksudnya; “Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia sebanyak bilangan makhlukNya, sehingga diriNya redha, seberat arasyNya dan sebanyak kalimatNya”


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami