Alhamdulillah kita telah berjaya menjalani ibadah puasa selama 24 hari, dan malam ini adalah malam Ramadan ke-25, bermakna tinggal tidak sampai seminggu lagi kita berpeluang menunaikan ibadah Tarawih.
Meskipun hari raya sudah hampir tiba, namun jangan hilang fokus wahai tuan-puan sekalian. Kita masih perlu meningkatkan kualiti ibadah semaksima mungkin dalam segenap aspek.
Selain ujian Covid-19, cabaran bagi mengekalkan silaturahim dalam tempoh ini juga adalah satu ujian daripada Allah yang perlu kita sedar. Bulan mulia ini tidak akan bermakna jika kita hanya berfikir tentang nasib hidup diri sendiri sahaja.
Memang tidak dinafikan bahawa kita tidak dapat bergerak bebas menziarahi sanak saudara serta perlu melakukan penjarakan sosial dek Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa, namun kepentingan menjaga silaturahim perlu tetap ditekankan.
Ia bukan alasan untuk kita tidak peka dengan keadaan sesama kita.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari, no.5986 dan Muslim, no.2557)
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.