Syukur, satu kata yang mudah namun untuk konsisten mengamalkannya menuntut latihan serta keazaman yang tinggi.
Mudah untuk kita bersyukur saat tidak ada masalah, saat hidup lapang dan tenang. Namun cuba perhatikan apabila Allah menguji kita dengan sedikit masalah, kita akan mula berkeluh kesah dan terlupa bahawa masih banyak kemudahan yang Allah berikan.
Amalan syukur ini mengandungi keajaiban yang tersembunyi dan ganjaran yang banyak, sehingga Allah mengatakan bahawa barang siapa yang bersyukur maka Allah akan menambah nikmat yang berganda.
Rasulullah SAW juga mengajarkan satu doa supaya kita lebih mudah mengamalkan budaya syukur ini.
Dari Mu’adz R.anhu, bahwa Rasulullah SAW memegang tangannya dan baginda berkata, “Wahai Mu’adz, demi Allah, aku mencintaimu.”
Lalu baginda berkata, “Aku wasiatkan kepadamu, wahai Mu’adz, janganlah engkau sekali-kali meninggalkan doa ini di akhir setiap solat,
‘Allahumma A’inni ‘Alaa Zikrika wa Syukrika wa Husni ‘Ibaadatik’
(Ya Allah, tolonglah aku dalam berzikir, bersyukur, dan beribadah yang baik kepadaMu).’” (HR. Abu Daud dengan sanad sahih – HR. Abu Daud, no. 1522; An-Nasa’i, no. 1304. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)>/small>
Bersyukurlah meski terasa payah. Bersyukurlah meski yang dilihat bukan yang indah. Kelak kita akan merasai sendiri kemanisan syukur ini.
Baca juga: 5 Cara Bersyukur Yang Mudah
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.