Gaya Hidup, Hukum

Betulkah Lelaki Yang Memakai Cincin Akan Mendapat Pahala Sunnah

Oleh Fizah Lee  •  29 Jun 2020  •  2 min baca

Cincin sering dikaitkan sebagai perhiasan terhadap wanita. Sama ada wanita tersebut merupakan seorang yang telah berkahwin, bertunang atau masih bujang, cincin merupakan pilihan utama untuk dipakai.

Namun, tahukah anda, bukan kaum perempuan sahaja yang boleh memakai cincin, tetapi ia juga boleh dipakai oleh lelaki.

Pemakaian cincin dalam kalangan lelaki merupakan sebuah sunnah. Maka, jika memakainya seseorang itu akan diganjari pahala sunnah.

Namun, wujud perselisihan ulama dalam hal ini. Jumhur ulama seperti dari kalangan Mazhab Syafi’e menyebut bahawa pemakaian cincin yang diganjari pahala sunnah adalah apabila ia dipakai dengan mempunyai tujuan tertentu.

Sebagai contoh, buat mereka yang ditugaskan sebagai pemimpin atau qadhi. Namun, untuk yang tiada tujuan terhadap cincin, maka lebih baik untuk tidak dipakainya.

Hal ini juga adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Anas RA:

Maksud: “Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom, beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan cop (sebagai pengesahan) ke atasnya. Maka, Baginda pun mengambil cincin peraknya. Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5537)

Namun, apabila dilihat pada kebanyakan situasi hari ini, cop pengesahan sudah direka dalam pelbagai bentuk selain daripada cincin.

Jadi, tiada lagi kewajipan ke atas seseorang pemimpin untuk memakai cincin. Adapun, hukum asal pemakaiannya adalah harus.

Antara keperluan lain yang boleh wujud ke atas si pemakai ialah untuk menandakan dirinya yang sudah berkahwin atau berpunya dan sebagainya. Maka, dalam hal ini ia adalah dibolehkan.

Kesimpulan

Tuntasnya, dapat kita faham bahawa hukum asal memakai cincin dalam kalangan lelaki adalah harus. Tetapi perlu diingat, lelaki diharamkan untuk memakai cincin emas.

Mereka boleh memakai daripada jenis perak atau gangsa, bergantung kepada keselesaannya melainkan emas.

Apabila dipakai berdasarkan tujuan tertentu seperti tersimpannya cop pengesahan atau untuk menandakan status diri, maka ia adalah sunnah.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Hukum Lelaki Memakai Cincin

Baca juga:
Sunnah Baginda Dalam Memakai Cincin


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami