Gaya Hidup

Ketahui Sunnah Baginda SAW Dalam Pemakaian Cincin

Oleh Fieyzah Lee  •  14 Nov 2019  •  2 min baca

Kebiasaannya kita melihat mereka yang memakai cincin itu sinonim dengan mereka yang berkahwin atau sudah mempunyai pasangan.

Mereka yang memakai cincin di jari manis tangan kanan dikira sudah bertunang dan bagi yang memakai di tangan kiri pula menandakan mereka sudah berkahwin.

Itu merupakan adat masyarakat kita sendiri yang diikuti sebagai menandakan status diri seseorang. Namun, ada juga yang suka-suka memakai cincin sebagai perhiasan.

Baginda SAW juga diceritakan pernah memakai cincin sebagai perhiasan di jarinya. Cincin yang dipakai sama ada dari perak atau zamrud dan bukan daripada emas.

Dalam Mazhab Syafi’e, hukum pemakaian cincin bagi lelaki (selain emas) adalah sunat. Malah, jumhur ulama’ berpendapat bahawa boleh dipakai daripada batu permata, zamrud, dan zabarjad.

Perempuan dibolehkan (harus) untuk memakai cincin sama ada emas mahupun daripada jenis lain. Namun, tidak bagi lelaki kerana haram hukumnya.

أنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ

Maksud: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.” (Hadis Riwayat Muslim, 2089)

Sunnah Nabi Memakai Cincin Pada Jari Kelenkeng

Baginda SAW diceritakan memakai cincin pada jari kelenkeng. Para ulama’ membahaskan bahawa, sunnah Baginda melebihkan memakai cincin pada tangan kiri berbanding kanan.

Mazhab Syafi’e pula berpendapat bahawa tidak mengapa memakainya pada mana-mana tangan kerana Baginda tidak pernah menetapkan untuk memakainya pada mana-mana tangan, bahkan selalu bertukar-tukar.

كَانَ خَاتِمُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى هَذِهِ. وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى

Maksud: “Adalah Nabi SAW memakai cincin pada jari ini (sambil menunjukkan ke arah jari kelenkeng pada tangan kirinya.”

Menurut jumhur ulama’ lagi, Baginda melarang umatnya memakai cincin pada jari tengah, iaitu jari hantu dan jari telunjuk yang menjadikannya hukum makruh.

نَهَانِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي إِصْبَعِي هَذِهِ أَوْ هَذِهِ‏.‏ قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِيهَا

Maksud: “Baginda SAW menegah aku dari memakai cincin pada jari ini dan ini (sambil menunjukkan kepada jari tengah dan selepasnya jari telunjuk)” (Hadis Riwayat Muslim)

Walau bagaimanapun, menurut pendapat Imam Nawawi dan beberapa ulama’ lain bahawa hukum makruh ini tidak jatuh kepada golongan wanita kerana cincin merupakan perhiasan mereka. Ia hanya jatuh kepada lelaki sahaja.

Tuntasnya, boleh memakai cincin (selain emas) sebagai perhiasan atau menandakan lelaki tersebut telah berkahwin, sama ada di tangan kanan atau kiri.

Adalah lebih baik juga pemakaian itu bersandarkan sunnah Baginda SAW, iaitu dengan memakai pada jari kelenkeng.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami