Oleh Noor Afidah Abu Bakar • 28 Dec 2017 • 2 min baca
Menurut kajian, terdapat 3 amalan pada peringkat usia awal kanak-kanak (early childhood) yang dapat menghalang anak dari menjadi seorang pembuli kelak.
Anak belajar bersosial secara positif, mengenal emosi diri dan emosi orang lain, mengawal emosi dan belajar empati.
Belajar bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati, merancang, bantu-membantu dan pelbagai lagi skil sosio-emosi yang lain.
Iqra’ atau baca bukan bererti sekadar terhad kepada membaca buku bagaimana kaedah membaca dan buku teks ya.
Bahkan perlu mewujudkan suasana yang mesra membaca. Bacalah cerita yang menarik minat anak-anak anda seperti cerita mengenai binatang sambil anda membuat gaya dan bunyi binatang itu.
Cara ini tidak akan membosankan anak-anak anda, bahkan pasti keesokan harinya anak-anak anda akan mahu mengulanginya membaca buku lagi, tanpa anda menyuruhnya.
Duduk tertib di meja makan atau bersila di atas lantai sekeluarga. Tanpa memasang TV dan skrin yang lain.
Gunakan masa ini untuk ‘bonding‘ dengan berkongsi kisah seharian masing-masing. Jika 3 amalan ini diambil berat, Insyaa Allah kurang kes buli di kalangan anak-anak kita.
Pihak sekolah, pra sekolah, tadika dan taska bolehlah mendidik ibu bapa tentang 3 amalan mudah ini. Jangan tunggu terhantuk baru terngadah.
Artikel Berkaitan
10 Teknik Membentuk Personaliti Islam Dalam Diri Anak-Anak AndaBagaimanakah Dunia Dari Kaca Mata Anak Kecil Anda?
Anak Takut Buat Silap, Wajarkah?
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.