Wasiat daripada segi bahasa bermaksud menyambung, menyampaikan atau memberikan hak pemilikan selepas kematian. Bermakna, wasiat menghubungkan manfaat daripada harta seseorang semasa hidupnya dengan manfaat selepas matinya. Ini kerana, harta itu diserahkan pula kepada orang lain.
Dari segi syarak, ia boleh difahami dengan pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang lain selepas pihak itu meninggal dunia.
Untuk memahami wasiat lebih lanjut, kali ini Tzkrh datangkan soal jawab ringkas tentang wasiat.
#1- Apakah hukum berwasiat?
Hukum wasiat ada dua. Pertama wajib, iaitu jika ada kewajipan yang masih perlu dilaksanakan seperti zakat dan haji. Seseorang boleh berwasiat jika bimbang hartanya habis begitu sahaja jika tidak diwasiatkan.
Hukum kedua sunat, jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan apabila mereka bukan dalam kalangan waris yang berhak mendapat harta pusaka.
#2- Apakah elemen/keperluan wasiat?
1. Pewasiat
2. Penerima
3. Perkara yang diwasiatkan
4. Sighah (ucapan)
#3- Bolehkah berwasiat secara ucapan sahaja?
Dari segi hukum, ucapan lisan sah. Tetapi ia tidak cukup untuk proses di mahkamah. Wasiat juga memerlukan bukti untuk mudah diuruskan.
#4- Bolehkah memberi wasiat kepada ahli waris yang sudah layak menerima harta faraid?
Pada asalnya, tidak dibolehkan berwasiat untuk ahli waris. Tetapi jika kesemua ahli waris bersetuju, maka ia dibenarkan.
#5- Selepas meninggalnya seseorang, pengurusan harta apakah yang perlu didahulukan?
Perbelanjaan pengkebumian dan pengurusan jenazah perlu diutamakan daripada harta yang ditinggalkan. Diikuti, pelunasan hutang dan barulah pelaksanaan wasiat, kemudian faraid.
#6- Siapakah yang boleh menguruskan wasiat?
Wasi iaitu pentadbir perlu dilantik terlebih dahulu. Biasanya keluarga si mati akan melantik wasi dari kalangan pihak yang menyediakan khidmat menguruskan wasiat.
Semoga soal jawab ringkas di atas memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada anda berkenaan wasiat. Anda juga boleh menggunakan sistem e-wasiat yang ditawarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor untuk proses pengurusan wasiat.
Sumber:
Muhd Farhan. (2020). Al-Kafi #1651: Hukum Wasiat Secara Lisan. Mufti Wilayah Persekutuan.
Y.A Tuan Haji Mohammad Taifor bin Ahmad Rusdi. (2019). Wasiat, Hukum, Prosedur Dan Pengalaman Di Mahkamah Syariah Perak. Ikim.gov.my
Mengapa Anda Perlukan Wasiat Sedangkan Ada Hukum Faraid. As-salihin.com
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.