Muslim Pro kini tampil memberi penjelasan berkenaan status penjualan data penggunanya kepada tentera Amerika Syarikat yang menggemparkan seluruh umat Islam.
Kenyataannya menyebut bahawa mereka menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa penjualan data itu tidak pernah berlaku.
Mereka amat memandang serius terhadap keutamaan dan keselamatan data penggunanya dengan mematuhi piawaian privasi serta peraturan perlindungan data paling ketat.
Menurutnya lagi, siasatan sedang dilakukan terhadap dasar urus tadbir datanya untuk mengesahkan perkara itu.
Muslim Pro juga telah memutuskan utuk menghentikan sebarang kerjasama dengan syarikat X-Mode.
Sebelum ini, laporan menyebut bahawa tentera Amerika Syarikat telah membeli data Muslim Pro melalui pihak ketiga yang dipanggil X-Mode.
Menjawab perkara ini, mereka memohon maaf kepada semua pengguna dan akan mengesahkan perkara ini selepas siasatan dijalankan.
Sumber:
Muslim Pro
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.