(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari, dibawakan oleh Cocombee)
Dunia tidak akan sesekali sunyi daripada ujian. Dalam sebuah hadis sahih dikatakan bahawa ujian kerisauan, kegelisahan, kesempitan, kesedihan malah sekecil ujian tertusuk duri sekalipun yang ditimpakan kepada hambaNya adalah cara Allah mengampunkan dosa.
Jadi manusia perlu melihat di sebalik apa yang tertimpa adalah suatu bentuk keindahan dan kebaikan yang ingin Allah berikan juga. Dan hati yang telah terbiasa melihat keindahan sebegini akan cepat tenang meski diuji.
Wallahua’lam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.