Inspirasi

Usah Putus Harapan Dengan Masa Hadapan

Oleh Natirah Azira  •  11 Mar 2020

(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan, diterbitkan oleh iLovUAllah)

Kadang-kala ada perkara yang kita harapkan tidak selari dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah. Kita berharap mendapat kerja sebaik sahaja graduasi, namun Allah mentakdirkan kita tidak mendapatnya sekalipun sudah banyak memohon. Kita berharap dapat menghabiskan pengajian pada masa yang telah ditetapkan, namun Allah mentakdirkan ada perkara yang menghalang dan membuatkannya menjadi lambat.

Dan pada waktu itu kita masih tidak dapat memahami apa yang sedang dirancang oleh Allah. Hikmah juga masih belum tersingkap. Namun lihat apa doa yang diajar oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi.

وَقُلْ عَسَىٰ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَـٰذَا رَشَدًا

(…dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”) (Surah Kahfi 18:24)

Seorang Muslim perlu mempunyai harapan terhadap masa hadapan. Seorang Muslim perlu sentiasa bersangka baik dengan apa yang sedang Allah rancangkan. Jangan putus asa. Percayalah segala yang terjadi tidak sia-sia. Kita hanya perlu percaya.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami