Gaya Hidup

Zikir Yang Boleh Menumbuhkan Pohon Di Syurga

Oleh Natirah Azira  •  2 Dec 2019  •  2 min baca

Zikir adalah kalimah pujian untuk mengingati Allah. Ada banyak jenis zikir yang boleh diucapkan dengan pelbagai faedah dan manfaat yang diceritakan. Contohnya zikir yang dapat memberatkan timbangan amalan, zikir yang sedikit tetapi ganjarannya besar, zikir yang boleh memudahkan urusan serta banyak lagi.

Tahukah anda ada satu zikir ajaib yang boleh menumbuhkan pohon di syurga!

Abu Hurairah pernah bercerita, pada suatu hari saat dia sedang menanam pohon, Rasulullah SAW telah melewatinya lalu bertanya.

“Wahai Abu Hurairah, apa yang sedang engkau tanam?”

“Tanaman milikku”, kata Abu Hurairah.

Lalu Rasulullah SAW berkata lagi, “Apakah kamu mahu aku beritahukan tentang tanaman yang bagimu akan lebih baik daripada tanaman ini?”

Abu Hurairah menjawab, “Tentu wahai Rasulullah!”

Baginda bersabda: “Ucapkanlah Subhaanallah Walhamdulillaah, Walaa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar”

Maka setiap bacaan tersebut akan menumbuhkan satu pohon di syurga bagimu” (HR Ibnu Majah dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

“Daripada Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda:

“Aku telah berjumpa dengan Ibrahim AS pada malam Isra’, dia berkata kepadaku: Wahai Muhammad sampaikan salamku kepada umatmu dan beritakan kepada mereka bahawa syurga itu memiliki tanah terbaik dan air yang paling segar. Syurga itu dataran kosong (Qi’aan) dan tumbuhannya adalah (zikir) Subhanallahi Walaa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar” (HR Tirmidzi dan dinilai hasan oleh Al-Albani dalam Silsilah Sahihah, no.105 & Sahih al-Jami’,no. 3460)

Zikir, selain dapat mengingatkan kita kepada Tuhan, menyucikan hati, menambahkan hitungan amalan, tanpa kita sedar ia juga mampu menumbuhkan pohon lindungan di syurga buat penghuninya kelak. InsyaAllah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami