“Kita semua berdosa dengan jalan yang berbeza-beza. Dan kita saling berusaha dalam kehidupan ini untuk menghilangkan titik hitam yang ada di hati”
Begitu pesanan yang saya dengar lewat pertemuan dengan seorang ustaz tempoh hari.
Dalam sebuah hadis yang sangat masyhur, Allah mengingatkan bahawa Allah sentiasa mengampunkan dosa hambanya yang ikhlas meminta keampunan dan melakukan taubat walaupun dosa yang dilakukan berkali-kali:
Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hambaKu.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. (Riwayat al-Bukhari, no.7507)
Imam al-Nawawi berkata: “Hadis ini jelas pada sisi dalalahnya, bahawa walaupun dosa walaupun terulang seratus malah seribu atau lebih, dan dia bertaubat setiap kali daripadanya, maka taubatnya diterima dan gugur dosanya. Meskipun dia bertaubat dari semua (dosa) dengan sekali taubat setelah semua (dosa), maka taubatnya sah.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/128)
Hamba ini tidak dikira mempermain-mainkan taubat kerana dia ikhlas melakukan taubat setiap kali melakukan kesalahan. Berkemungkinan dia tergelincir kembali ke dalam dosa kerana banyak faktor lain. Sekalipun begitu, Allah tidak bertanya punca dia bertaubat dan kemudian melakukan dosa berulang kali. Pengasihnya Allah sehingga terus mengampunkan dosa itu hanya dengan syarat ikhlas melakukan taubat.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.