Kita kerap diingatkan tentang betapa perlunya usaha dan kebergantungan kepada Tuhan jika ingin mendapatkan sesuatu dalam hidup. Namun sekerap itu juga kita terlupa dan terjatuh dalam dua perangkap kehidupan, iaitu sama ada kita terlalu bermudah-mudah dalam berusaha atau terlalu ekstrem dalam melakukan usaha.
Perangkap pertama ini selalunya berat tulang untuk berusaha dan hanya mengharapkan pertolongan Allah semata-mata. Yang kedua, golongan yang terlalu ekstrem dalam berusaha dan menolak bahawa adanya campur tangan dan kuasa Allah dalam kehidupan.
Sesetengah orang berasa bahawa suatu kejayaan yang diperoleh hanya kerana usaha gigihnya sahaja. Mereka menutup mata dengan hakikat ketuhanan dan tidak berasa hadirnya pertolongan Allah dalam perjalanan hidup.
Seimbanglah dalam kehidupan, hidup ini memerlukan keduanya, usaha serta tawakkal kepada Tuhan. Hidup perlu dimajukan dengan tangan manusia, itu sunnah atau peraturan alam yang telah Allah tetapkan, dalam masa yang sama hidup ini juga berjalan kerana kuasa Allah jua.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.