Oleh Natirah Azira • 26 Oct 2018
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Terdapat golongan dalam kalangan umatku yang akan datang pada hari kiamat dengan amalan soleh sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu berterbangan.”
Sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, ceritalah tentang mereka kepada kami dan beritahu kami supaya kami tidak menjadi seperti mereka.
Baginda bersabda:
“Mereka adalah saudara kamu dan daripada kaum kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu, tetapi mereka adalah orang yang apabila bersendirian , mereka akan melanggar perintah Allah.”
Ya, orang yang melakukan maksiat ketika bersendirian akan muflis di akhirat! Lihatlah betapa dahsyat dosa yang disebut ini. Mereka yang melakukannya bukan orang yang biasa-biasa, orang yang bangun malam beribadah tetapi dalam masa yang sama melakukan kemaksiatan kepada Allah.
Mereka tahu dan sedar bahawa Allah sedang menyaksikan apa yang mereka lakukan tetapi terus melakukannya dosa yang sama berulang kali.
Betapa, terlalu ramai yang jatuh ke dalam kancah maksiat sewaktu mereka bersendirian. Perkembangan teknologi memungkinkan segalanya terjadi. Laman web porno dan video lucah bebas diakses melalui internet. Bahkan terbawa pula kepada tabiat suka memuaskan nafsu sendiri.
Tidak ada lagi rasa bersalah kerana ianya sudah menjadi suatu yang dilakukan berkali-kali, namun mereka lupa segala amalan mereka di akhirat kelak akan menjadi debu kerana dosa ini.
Semoga kita semua dijauhkan daripada dosa ketika bersendirian. Jika ada, bersegeralah memohon ampun kepada Allah. Sebaik-baik orang yang melakukan dosa adalah mereka yang bertaubat.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.