Berita

Johor Bakal Tubuh Briged Ahli Sunnah Wal Jamaah

Oleh Fizah Lee  •  29 Oct 2020  •  1 min baca

Kerajaan negeri Johor bakal menjadi negeri pertama yang menubuhkan Briged Ahli Sunnah Wal Jamaah di bawah seliaan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Tujuan utama penubuhannya adalah untuk memperkukuh fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada umat Islam sekali gus menjadi benteng bagi memerangi fahaman yang bercanggah dengannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, penubuhan ini akan berperanan dalam setiap aspek agama Islam dan untuk pelancarannya, berkemungkinan akan memohon perkenan Sultan Johor.

Ia dijangka akan diperkenalkan tahun depan dengan sasaran awal seramai 200 orang belia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun yang sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Darjah Khas Agama Sekolah Agama Kerajaan Johor.

Mereka yang terlibat akan berperanan sebagai sukarelawan untuk membantu menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di negeri berkenaan selepas diberikan latihan dakwah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami