Keluarga

Tiada Laut Tidak Dipukul Ombak

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  17 Nov 2018  •  2 min baca

Kata-kata yang dipetik dari filem ‘Family Man’;

“Every family has its issue but you only have one family.” 

Setiap keluarga mempunyai cabaran dan masalahnya yang tersendiri tetapi itulah satu-satunya keluarga yang kita ada. Kita tiada pilihan untuk tidak mempedulikannya.

Jika selama ini kaedah yang kita gunakan tidak berjaya ataupun mungkin kita tiada apa-apa kaedah tertentu untuk membimbing keluarga dan anak-anak.

Sedarlah segala perubahan yang ingin kita lakukan untuk kebaikan keluarga dan anak-anak akan mengambil masa. Kita mungkin juga akan menerima tentangan.

Jika latihan untuk solat mengambil masa 3 tahun untuk diterapkan dalam diri anak sebelum tindakan keras boleh diambil apabila menjangkau usia 10 tahun.

Begitulah panduan betapa lamanya kita perlu bersabar dan konsisten dengan setiap bimbingan yang ingin kita berikan.

Bimbingan ini tidak terhenti di situ sahaja, ia perlu berterusan dengan berpesan-pesan, selagi kita bernama ibu dan bapa. Perubahan dan bimbingan perlu adanya;

#1- Sabar
#2- Konsisten
#3- Pengulangan

Masalahnya kadang-kadang bukannya dengan anak, tetapi dengan diri kita sendiri yang tidak konsisten dan tidak sabar.

Sekejap kata “tidak”, sekejap kata “boleh”. Bila kita sibuk dan letih, kita pun jadi permisif;

“Buatlah apa yang kamu suka, mintalah apa yang kamu mahu, Ayah letih, Ibu letih.” 

Tidak konsisten. Anak lantas mengambil kesempatan. Kemudian kita juga yang kecewa dan berang dengan anak.

Kadang-kadang anak bukannya sengaja. Ada yang berbeza daripada anak-anak lain. Mereka perlu bantuan pakar seperti terapis, psikologis atau psikiatris untuk membantu mereka supaya lebih tenang dan teratur. Di sini juga kita perlu;

#1- Sabar
#2- Konsisten
#3- Pengulangan

Dalam memberi sokongan dan bimbingan kepada anak-anak ini. Sebarang perubahan tidak akan berlaku semalaman.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami