Ibadah

Status Hadis Membaca Surah Al-Waqiah Terhindar Dari Kemiskinan

Oleh Fizah Lee  •  21 Dec 2020  •  2 min baca

Setiap orang pasti mengimpikan rezeki yang tidak putus-putus. Dengan itu, pelbagai cara dan tips yang telah dikongsikan untuk menjemput rezeki, sama ada yang berbentuk rohani mahupun perkara yang perlu dilakukan melalui kudrat dan usaha sendiri.

Dari segi usaha, ia bergantung ke atas individu itu sendiri. Bagaimana cara anda meraih rezeki, itu tidak menjadi masalah asalkan halal dan menepati syariat.

Manakala, dari segi rohani pula, sering kita mendengar amalan-amalan yang boleh menjemput rezeki seperti melakukan solat sunat Duha dan juga membaca surah-surah tertentu.

Antaranya ialah surah Al-Waqiah. Antara hadis yang terkenal adalah ganjaran membaca surah ini akan dihindari dari kemiskinan buat selama-lamanya.

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا

Maksud: “Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”

Namun, apakah status hadis ini? Ulama berbahas mengenai status hadis ini kerana di dalamnya terdapat perawi yang kurang thiqah (dipercayai).

Hadis ini banyak disebut dalam kitab-kitab oleh karangan ulama seperti yang diriwayatkan oleh Al-Harits bin Abu Usamah dalam kitab Musnab (no. 178), Ibnu Sunniy dalam kitab Amalul Yaum wal Lailah (no. 674), Al-Baihaqi dalam kitab Syu’abul Iman.

Namun, ulama berbahas bahawa hadis ini lemah kerana sanadnya daripada perawi yang lemah.

Perawi yang bernama Abu Syuja’ adalah seorang yang tidak jelas dan juga Abu Thayyibah ialah seorang yang tidak dikenali.

Justeru, hadis ini dinilai daif oleh ulama kerana mempunyai kecacatan terhadap perawinya.

Namun, tidak ada masalah untuk beramal dengan surah ini bagi menjemput rezeki, sebagaimana dalam beberapa pandangan ulama menyebut bahawa ia adalah surah yang boleh memberi kekayaan kepada diri. Hanya status hadis di atas sahaja yang dinilai daif.

سورة الواقعة سورة الغنى، فاقرؤوها، وَعَلِّمُوهَا أَوْلَادَكُمْ

Maksud: “Surah al-Waqiah merupakan surah kekayaan, maka bacalah ia, dan ajarilah ia kepada anak-anak kamu.” (Lihat Fathu al-Qadir li Syaukani, 5/176)

Sumber:
Konsultasi Syariah
Almanhaj.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami