Gaya Hidup

Status Hadis – Khutbah Tanpa Pujian Kepada Allah Seperti Tangan Yang Terputus

Oleh Fizah Lee  •  18 Dec 2020  •  2 min baca

Khutbah merupakan ucapan atau syarahan yang disampaikan sebanyak dua kali berturut-turut oleh khatib. Khatib pula biasanya dilantik daripada kalangan imam atau orang yang berkelayakan.

Kalau di dalam solat Jumaat, khutbah merupakan salah satu daripada syarat sah solat Jumaat. Jika tidak dibacakan khutbah, maka solat Jumaat yang dilakukan tidak sah.

Biasanya, khutbah mengandungi kata-kata pujian, nasihat, peringatan, ilmu pengetahuan dan pengajaran kepada hadirin Jumaat.

Antara rukun khutbah yang ditetapkan oleh para fuqaha’ ialah memuji Allah, selawat ke atas Rasulullah, memberi wasiat agar dapat melahirkan takwa, membaca satu ayat daripada Al-Quran dan berdoa kepada orang mukmin.

Bagaimanapun, ada sebuah hadis yang menyebut bahawa, dalam setiap khutbah yang disampaikan perlu dibacakan tasyahud.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ خُطْبَةٍ لَيْسَ فِيهَا تَشَهُّدٌ، فَهِيَ كَالْيَدِ الْجَذْمَاءِ

Maksud: “Setiap khutbah yang tidak ada padanya tasyahud, maka ia seperti tangan yang terputus.” (HR Abu Daud, no. 4841)

Tasyahud ialah ucapan dua kalimah syahadan sewaktu duduk dalam tahiyat. Melalui hadis ini, ulama menafsirkan, setiap khutbah yang tidak dibacakan tasyahud diibaratkan seperti tangan yang terputus.

Ia bermaksud, khutbah yang dibacakan tersebut tidak lengkap kerana ia tidak didatangkan pujian kepada Allah serta dianggap tidak mendatangkan faedah kepada hadirin.

Justeru, hadis ini dinilai sahih oleh ulama seperti Imam Tirmizi yang menilainya sebagai hasan gharib, Imam Ibn Hibban dan Imam Ibn Mulaqqin mengatakan ia sebagai sahih serta Syeikh Syuaib Al-Arnouth yang mengatakan bahawa perawi-perawinya adalah thiqah (dipercayai).

Kesimpulan

Disebabkan itu, dalam rukun khutbah, khatib perlu menekankan puji-pujian kepada Allah kerana ia termasuk dalam istilah tasyahud yang disebut.

Oleh itu, hukum hadis ini adalah sahih kerana perawi-perawinya yang thiqah.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami