Berita

Sinead O’Connor: “Saya berbangga memeluk Islam”

Oleh Natirah Azira  •  26 Oct 2018  •  1 min baca

Sinead O’Connor, penyanyi Ireland yang popular dengan lagu “Nothing Compares 2 U” telah memeluk Islam. Pengakuan tersebut dibuat melalui akaun twitter miliknya pada 20 Oktober yang lalu.

Beliau mengatakan bahawa kajian daripada semua kitab agama akhirnya membawa kepada Islam.

Penyanyi berusia 51 tahun itu juga berkata bahawa beliau berbangga memeluk agama Islam. Beliau dilihat memuat naik satu video menunjukkan beliau melaungkan azan, namun meminta maaf atas kesilapan sebutan kerana terlalu terbawa dengan perasaan.

Bukan itu sahaja, beliau juga memperkenalkan nama barunya iaitu Shuhada Davitt serta memuat naik gambarnya berhijab buat kali pertama di Twitter.

Beliau mengakui akan terus menyanyi dan menyampaikan mesej kepada masyarakat. Menurut sumber dari Irishcentral.com, beliau juga masih melibatkan diri dengan projek One More Yard dengan penyanyi lain. Projek tersebut merupakan satu penghormatan buat Michael Thomas Wall, seorang pejuang Ireland yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Hasil daripada projek tersebut kelak akan disalurkan kepada badan amal untuk pesakit kanser.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami