Gaya Hidup

Sering Ditimpa Gangguan, Amalkan Doa Pelindung Diri Ini

Oleh Natirah Azira  •  17 Sep 2020  •  2 min baca

Kesusahan dan masalah adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh setiap mereka yang bergelar manusia. Ia mungkin terjadi kerana banyak sebab, sama ada kerana kesalahan atau kecuaian sendiri, ancaman daripada orang lain mahupun hal-hal di luar kawalan.

Namun ada kalanya sesetengah orang menerima gangguan yang tidak diketahui daripada mana, contohnya dalam bentuk gangguan berupa bahaya atau suatu yang tidak dapat dilihat dek mata kasar.

Justeru bagi melindungi diri daripada musibah dan bahaya, kita boleh mengamalkan beberapa bacaan doa di bawah:

#1- Membaca Doa Ketika Masuk Rumah

Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ

Maksudnya“Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya, kemudian dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata (kepada temannya): ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah (bismillah dan jangan lupa mengucapkan salam) ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kamu memperoleh tempat menginap’.” (Riwayat Muslim, no.2018 & Abu Daud, no.3765)

#2- Membaca Doa Nabi Ibrahim

Dari Utsman bin ‘Affan R.anhu mengatakan, ‘Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang mengatakan,

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fissama’i wahuassami’ul ‘adzhim)

“Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab namaNya tidak ada sesuatu pun di bumi mahupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, nescaya tidak akan ada sesuatu pun yang memudharatkannya” (HR. Abu Daud, no.5088, dan Tirmidzi, no.3388)

#3- Doa Perlindungan Daripada Syaitan, Binatang Beracun Dan Pengaruh ‘Ain

Nabi SAW untuk meminta perlindungan untuk Hasan dan Husain, yaitu:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

(Audzu bi kalimaatillahit taammati min kulli syaithonin wa haammatin wa min kulli ‘ainin laammatin)

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan setan, binatang beracung dan dari pengaruh ‘ain yang buruk).” (HR. Bukhari, no. 3371)

Kesimpulan

Tidak ada satu perkara yang dapat memudaratkan kita jika Allah tidak membenarkannya, dan tidak ada suatu pun nikmat yang terhalang untuk sampai jika Allah sudah menginginkannya. Doa memohon keselamatan daripada bahaya dan kemudaratan juga adalah salah satu usaha yang boleh dilakukan di samping berusaha dan melakukan langkah berjaga-jaga semampu boleh. Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami