Sejarah, Tokoh

Peribadi ‘Ali Zainal Abidin, Cicit Rasulullah SAW Yang Boleh Dicontohi

Oleh Fizah Lee  •  16 Nov 2020  •  3 min baca

Ali Zainal Abidin adalah anak lelaki kepada Sayyidina Husein bin Ali bin Abi Talib. Beliau adalah cucu kepada Ali bin Abi Talib dan Saidatina Fatimah Az-zahra serta cicit kepada Rasulullah SAW.

Diriwayatkan, beliau telah dilahirkan pada 15 Jamadil Awal pada tahun 38 Hijrah di Madinah. Peribadinya yang hebat dan unggul telah memberikan pelbagai gelaran dan nama lain yang dikenali, antaranya as-Sajjad yang bermaksud orang yang sentiasa melakukan sujud. Hal ini kerana, beliau sentiasa bersujud kepada Allah setiap kali mendapat nikmat.

Bagaimanapun, entri kali ini tidak akan menceritakan peribadinya mengenai as-Sajjad, namun ingin mendalami mengenai sikap kedermawanan beliau terhadap harta yang ada.

Beliau merupakan seorang lelaki yang sentiasa berusaha membantu orang yang memerlukan bantuan dan tidak berkemampuan.

Ada sebuah perbuatan beliau yang sangat unggul dan wajar dijadikan contoh, iaitu bersedekah kepada golongan yang miskin pada zamannya. Namun, ajaibnya sedekah yang beliau lakukan ialah tiada siapa yang mengetahui mengenainya.

Beliau adalah seorang lelaki yang sentiasa menyembunyikan sedekah. Sebagaimana dalam beberapa riwayat disebutkan bahawa ia hanya diketahui apabila beliau telah meninggal dunia.

#1 – Memberi Bantuan Makanan

Yunus bin Bakir, dari Muhammad bin Ishaq berkata:

كَانَ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ المدِيْنَةِ يَعِيْشُوْنَ، لاَ يَدْرُوْنَ مِنْ أَيْنَ كَانَ مَعَاشُهُمْ، فَلَمَّا مَاتَ عَلِيٌّ بْنُ الحُسَيْنِ، فَقَدُوا ذَلِكَ الَّذِي كَانُوْا يُؤْتُوْنَ بِاللَّيْلِ

Maksud: “Dulu, penduduk kota tersebut hidup dan tidak mengetahui dari mana asal catuan roti tersebut. Ketika ‘Ali bin Al-Husain meninggal dunia, mereka tidak mendapatkan catuan roti itu lagi sebagaimana yang biasa didapati pada tiap malam.”

#2 – Membantu Menyelesaikan Masalah Hutang

Hatim bin Abi Saghirah, dari ‘Amr bin Dinar berkata bahawa ‘Ali bin Al-Husain itu telah menemui Muhammad bin Usamah bin Zaid ketika ia sakit. Muhamamd kemudian menangis dan berkata bahawa beliau memiliki bebanan hutang sebanyak sepuluh ribu dinar. Husain kemudian berkata:

فَهِيَ عَلَيَّ

Maksud: “Biar hutang tersebut, aku yang menanggungnya.” (Siyar A’lama an-Nubala, 4:394)

#3 – Sedekah Secara Diam-Diam

مَا فَقَدْنَا صَدَقَةَ السِّرِّ، حَتَّى تُوُفِّيَ عَلِيٌّ

Maksud: “Kami tidak pernah tidak mendapati sedekah diam-diam sehinggalah ‘Ali bin Al-Husain meninggal dunia.” (Siyar A’lam an-Nubala, 4:393-394)

Kesimpulan

Antara amalan beliau yang sering disebut-sebut ialah tentang sedekah yang disembunyikannya. Beliau amat gemar bersedekah, namun tidak ramai di kalangannya yang mengetahui akan perbuatan tersebut.

Baginya, ia adalah salah satu cara untuk ikhlas dan tidak berbangga diri dengan amalan yang dilakukan sekali gus untuk melihat orang-orang yang menerima sedekahnya sentiasa gembira dan tidak tidak terhimpit.

Bagi penulis, sedekah itu bergantung kepada niat masing-masing. Jika dengan memberitahu sedekah boleh menginspirasikan ramai orang untuk turut mengikuti perbuatan tersebut, maka ia adalah tidak salah.

Kita melihat beberapa peribadi unggul yang ada di sekeliling seperti Ustaz Ebit Lew yang telah membuka mata ramai orang untuk membantu golongan yang memerlukan.

Namun, ada juga di antara tokoh ini yang memilih untuk menyembunyikan sedekah. Perkara ini tiada masalah kerana yang paling penting adalah berdasarkan niat yang kita lemparkan ke dalam hati sendiri.

Sumber:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami