Wanita

Nak Mudah Bersalin? Apa Kata Amalkan Makanan Sunnah Ini

Oleh Natirah Azira  •  2 Nov 2018  •  3 min baca

Kurma sering disebut-sebut sebagai salah satu makanan sunnah. Kurma atau tamr ada disebut dalam Al-Quran dan beberapa hadis sahih, bahkan manusia turut mengkajinya sehingga sekarang. Apa sebenarnya yang terkandung dalam sebiji kurma sehinggakan kajian ilmu terhadap makanan ini tidak pernah berhenti? Mari kita mulakan dengan hadis daripada Rasulullah SAW.

Dari Umar RA; “Ketika kami duduk-duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba diberikan jummar (umbut) pohon kurma. Rasulullah SAW pun berkata;

“Sesungguhnya terdapat satu pokok, barakahnya seperti barakah seorang Muslim” Lalu aku meneka, ia adalah pokok kurma. Lalu aku pun mahu menyatakannya (kepada Rasulullah) ia adalah pohon kurma, wahai Rasulullah. Tetapi kemudian aku memerhatikan dan mendapati bahawa aku orang yang kesepuluh dan yang paling kecil. Lalu aku pun diam. Maka Nabi SAW pun berkata, “Ia adalah pohon kurma”(Sahih Al-Bukhari No. 5444)

Di dalam Kitab Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menghuraikan bahawa barakah pokok kurma ada pada semua bahagiannya dan berterusan dalam apa pun keadaannya. Seluruh bahagian pokok tersebut boleh diambil manfaatnya, hinggakan bijinya juga boleh dimakan oleh haiwan ternakan, manakala sabutnya boleh dijadikan tali.

#1- Melancarkan Proses Bersalin

Saintis di barat bahkan ada melakukan kajian tentang pengambilan kurma dan kesannya kepada proses bersalin. Kajian dilakukan ke atas beberapa ratus wanita mengandung yang makan kurma enam biji sehari selama beberapa minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Keputusan menunjukkan bahawa pematangan servik (proses yang memudahkan proses bersalin)lebih senang berlaku bagi mereka yang makan kurma. Masa yang diambil untuk bersalin juga lebih singkat.

Kajian lain juga menunjukkan pengambilan kurma dapat mengurangkan risiko ‘cervical hemorrhage’ atau pendarahan servik selepas bersalin berbanding penggunaan ‘oxcytosin’ . Hal ini membuktikan kurma boleh menjadi pilihan yang baik dalam persediaan untuk bersalin secara normal.

#2- Kandungan Lemak, Kolestrol Dan Gula Yang Rendah

Dari sudut saintifik, kurma atau nama lainnya Phoenix dactylifera ini mempunyai khasiat yang sangat bagus iaitu kandungan lemak, kolestrol dan gula aslinya sangat rendah. Makanan ini sesuai dijadikan menu diet yang sihat dalam masa yang sama boleh membekalkan tenaga kepada badan terutama pada bulan puasa.

#3- Kandungan Mineral Yang Baik Untuk Kesihatan Tulang

Kandungan mineral yang tedapat di dalam kurma seperti fosforus, potassium, magnesium dan kalsium juga mampu menguatkan tulang dan mengelakkan osteoporosis (pereputan tulang). Ianya sesuai diambil sejak dari awal lagi, bukan hanya ketika diri sudah dimamah usia. Usaha penjagaan tubuh badan perlu dilakukan dari awal kerana kesihatan tubuh badan manusia secara biologinya akan mula mengalami penurunan setelah mencapai usia 20-an.

Kesimpulannya, kurma bukan hanya sesuai diambil pada bulan puasa, tetapi ia boleh dimasukkan dalam menu harian juga. Pilihlah makanan yang halalan toyyiban, yang halal dan juga baik untuk tubuh badan kita.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami