Gaya Hidup, Hukum

Muntah Bayi Adalah Najis, Ini Tips Mencucinya

Oleh Fizah Lee  •  18 Nov 2020  •  2 min baca

Muntah bayi termasuk dalam kategori najis mutawassitah, iaitu najis pertengahan dan cara untuk menghilangkannya adalah membasuh dengan air mutlak sehingga hilang bau, rasa dan warna.

Ia adalah najis yang perlu dihilangkan. Jika ada kesan muntah di pakaian atau tempat solat sehingga anda membawanya ke dalam solat, maka ia perlu dicuci terlebih dahulu untuk mengelakkan solat itu tidak sah.

وَإِذَا قَاءَ الرَّجُلُ غَسَلَ فَاهُ وَمَا أَصَابَ الْقَيْءُ مِنْهُ لَا يَجْزِيهِ غَيْرُ ذَلِكَ

Maksud: “Dan jika seseorang lelaki muntah, maka hendaklah dibasuh mulutnya dan kawasan yang terkena muntah tersebut, tidak memadai jika tidak dibuat seperti itu.” (Imam Syafi’e, Al-Umm, 1/32)

Bagaimanapun, jika najisnya dalam kadar yang sedikit sehingga orang yang terkena muntah itu tidak perasan akannya, maka itu adalah dimaafkan. Sebagai contoh, percikan muntah bayi pada baju ibu atau di karpet

Tips Mencuci Muntah Bayi Pada Karpet

Bagaimanapun, mungkin si ibu sedikit risau dengan bau atau tekstur muntah bayi tersebut jika ia ditumpahkan ke atas kawasan yang sukar untuk dibersihkan seperti karpet rumah.

Muntah yang sudah lama akan menjadi kering dan boleh membuatkan ahli rumah tidak senang dengannya apatah lagi jika kawasan itu sering digunakan untuk tujuan solat atau aktiviti keagamaan lain.

Jadi, bagaimana untuk mencucinya? Ini adalah perkara yang boleh dilakukan:

#1 – Gunakan serbuk penaik – Anda boleh memilih untuk mengeringkannya terlebih dahulu dengan menggunakan serbuk penaik atau tepung jagung. Biarkan sejenak selama 10 hingga 15 minit sebelum divakum.

#2 – Gunakan air panas – Basahkan permukaan tersebut dengan air panas. Kemudian, anda boleh menggunakan kain yang bersih dan kering untuk menekap kawasannya dan ia akan hilang seperti biasa.

Kesimpulan

Untuk menjadikan ibadah anda diyakini dan tidak timbul keraguan, maka ambillah langkah yang betul untuk menghilangkan kotoran daripada najis muntah tersebut.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami