Keluarga

Mengapakah Anak Anda Mudah Bertindak Agresif?

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  21 Mar 2019  •  2 min baca

Sekumpulan kanak-kanak lelaki dan perempuan usia pra-sekolah dibawa untuk menonton sebuah rakaman video. Video ini memaparkan seorang lelaki dewasa bermain dengan patung yang berisi udara (inflatable doll). 

Dalam video ini, kanak-kanak dapat menonton bagaimana orang dewasa tersebut duduk di atas patung, tumbuk patung di muka, ketuk kepala patung dengan penukul dan tendang patung tersebut berulang-ulang kali.

Setelah menonton, kanak-kanak ini dibawa ke bilik bermain yang menempatkan patung yang sama dan pelbagai alat permainan lain lagi.

Sebaik sahaja melihat patung tersebut, kanak-kanak yang menonton video tadi didapati telah meniru apa yang telah mereka tonton.

Mereka mengetuk patung tersebut dengan penukul dan mereka juga menumbuk dan menendang patung tersebut berulang-ulang kali.

Apa yang paling mengejutkan apabila kanak-kanak itu bukan sahaja meniru bulat-bulat apa yang ditonton, mereka juga menggunakan idea baru yang lebih kreatif untuk memukul patung tersebut.

Mereka juga bermain dengan cara yang agresif dengan alat permainan lain yang terdapat dalam bilik bermain itu. Tidak ada bezanya sama ada kanak-kanak itu lelaki ataupun perempuan.

Berlari, melompat, memanjat, dan berguling adalah aksi yang normal bagi semua kanak-kanak kerana mereka sedang meneroka keupayaan fizikal mereka.

Pergerakan yang sebegini harus digalakkan dengan menyediakan persekitaran yang sesuai dan selamat untuk diterokai.

Walau bagaimanapun, aksi yang agresif ketika bermain seperti menendang, menumbuk, menampar dan mengucapkan perkataan kasar dan kesat bukanlah tingkah laku yang normal bagi kanak-kanak.

Kanak-kanak yang sebegini terdedah kepada aksi dan elemen agresif sama ada di rumah, di sekolah, di kejiranan ataupun melalui tontonan di skrin tv, gajet atau konsol permainan. 

Jangan terlalu merasa kagum melihat kanak-kanak sebegini dan melabel mereka sebagai gagah, macho atau sado.

Mereka sebenarnya lemah dalam menangkis pengaruh yang tidak baik. Salurkan ketangkasan fizikal mereka tersebut dengan saluran yang betul.

Kanak-kanak tidak dilahirkan ganas melainkan mereka diajar untuk menjadi agresif dan ganas. Apabila mereka mula menjadi agresif, mereka akan mendapat idea baru untuk menjadi lebih agresif jika tidak dipantau dan dihalang.

Ramai guru, terutamanya yang sudah lama mengajar, mengadu bahawa kanak-kanak sekarang lebih agresif apabila bermain.

Apa yang mereka tonton dan lihat itulah yang menjadi pengaruh besar dalam membentuk diri mereka. Oleh itu, para ibu bapa perlu menitik beratkan hal ini, sejak anak-anak anda masih kecil lagi.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami