Gaya Hidup

Melangkah Dari Kenangan Lampau Dengan 4 Cara Mudah Ini

Oleh Fieyzah Lee  •  15 Oct 2019  •  4 min baca

Mungkin anda pernah jatuh cinta dan tersakiti. Atau mungkin cinta anda pernah ditumbangkan oleh si dia kerana tidak berbalas.

Pasti akan ada satu fasa anda sudah berputus asa dengan perasaan tersebut atau mungkin akan dibayangi olehnya sehingga menyebabkan diri anda sukar untuk meneruskan hidup.

Malah, ada yang lebih buruk sehingga mengakibatkan seseorang itu hidup dalam imaginasi sendiri kerana sukar menerima hakikat bahawa cintanya tidak berbalas atau dihantui kenangan lampau.

Jadi, bagaimana cara yang boleh dilakukan untuk membantu diri melupakan kenangan lampau dan terus move on? Kata orang, bukan mudah untuk membuka pintu lain dan memulakan babak baru.

Namun, semuanya adalah bergantung kepada diri sendiri dan bagaimana cara anda berfikir. Nafsu, pemikiran dan gaya hidup adalah dikawal oleh diri sendiri.

Anda boleh meminta tips atau melakukan carian Google walau beratus kali, namun akhirnya ia akan berbalik kepada diri anda sendiri.

Jadi, jangan salahkan orang lain jika anda masih berada di takuk lama dan sukar untuk melangkah ke fasa lain jika diri sendiri yang tidak ingin berganjak dari tempat lama.

Melalui entri kali ini, akan dikongsikan beberapa tips mudah buat anda yang masih lagi terkenangkan kenangan lampau, untuk dijadikan rutin dan boleh melangkah hari baru dengan nafas baru.

#1 – Terima Hakikat Dia Bukan Milik Anda

Jika anda yang meninggalkan si dia, maka itu pasti bukan suatu masalah yang besar. Berbeza dengan situasi anda ditinggalkan. Pasti berat untuk menerima hakikat.

Komunikasi adalah suatu yang penting pada masa ini. Tanya dan minta penjelasan mengapa hubungan kalian harus berakhir.

Kemudian, terima hakikat bahawa hubungan cinta kalian adalah setakat itu sahaja. Jangan Lakukan perkara yang boleh memalukan dan merugikan diri sendiri, bimbang badan sendiri yang merana.

Tetapkan dalam minda anda bahawa hubungan kalian adalah setakat itu. Jika minda sendiri masih di awang-awangan dan tidak dapat menerima hakikat tersebut, pasti badan juga akan menunjukkan reaksi yang negatif kerana segala-segalanya bermula dari fikiran anda.

#2 – Lemparkan Kenangan Kalian Jauh-Jauh

Kenangan bukan sahaja hanya pada barang, namun juga ingatan, tempat dan juga situasi. Jika anda seorang yang boleh berfikir secara rasional, maka itu tiada masalah.

Sesekali teringat adalah tidak mengapa. Namun, jika kerap teringat sehingga tidak boleh melihat sesuatu tempat atau barang disebabkan terkenangkan si dia, maka cara yang betul adalah dengan melemparkan kenangan tersebut jauh dari sudut ingatan anda.

Langkah yang betul adalah memulangkan atau membuang barang yang pernah diberikan dan cuba untuk mengelakkan diri daripada berada di suatu tempat yang boleh mengundang memori kalian.

#3 – Lakukan Sesuatu Yang Boleh Menceriakan

Cari hobi baru atau lakukan sesuatu yang boleh menceriakan diri anda. Pastikan ia boleh mengelakkan fikiran anda daripada memikirkan mengenai kenangan atau tiba-tiba teringat akan si dia.

Ada orang yang suka sibukkan diri dengan kerja sebagai alasan untuk tidak terfikir akan kenangan lalu. Ada sesetengah orang suka melakukan hobi lain seperti mula bersukan, menonton cerita seram dan sebagainya.

Bunyinya biasa, namun ia berkesan, bergantung kepada apa yang telah anda fikirkan kerana semuanya bermula pada minda anda sendiri.

#4 – Dekatkan Diri Dengan Sang Pencinta Agung

Buat anda yang beragama Islam, yang paling penting adalah berbalik kepada Tuhan. Dia yang menghadirkan rasa cinta dan Dia juga yang menghadirkan ujian tersebut buat anda.

Dekatkan diri dengan Dia sama ada mula untuk solat di awal waktu, atau berzikir sejurus selesai solat atau perbanyakkan membaca Al-Quran.

Ia bukan sahaja mampu membantu anda lebih sibuk dan mengelakkan pemikiran anda kepada kenangan lampau, malah Allah akan menghadirkan perasaan tenang dan lebih erat kepadaNya.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Mafhum: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” Ketahuilah dengan Zikrullah (mengingati Allah) itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Kesimpulan

Mudah atau tidak proses move on itu adalah bergantung kepada diri dan pemikiran anda sendiri. Jika dilihat di laman sosial lain, banyak tips dan cara yang dikongsikan sama ada dalam laman bebenang atau penceritaan di muka buku dan sebagainya.

Anda boleh ikut, bergantung kepada cara yang dirasakan sesuai. Namun, yang paling penting dan utama ialah minda anda sendiri.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami