Berita

Konti Jamek FM, Platform Dakwah Norma Baharu

Oleh Fizah Lee  •  18 Nov 2020  •  1 min baca

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini telah merasmikan Konti Jamek FM yang merupakan sebuah medium alternatif dalam penyampaian dakwah norma baharu.

Penubuhan konti ini merupakan sebuah inisiatif di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.

Antara objektifnya adalah untuk dijadikan pelopor kepada masjid lain di seluruh negara untuk melaksanakan dakwah melalui platformnya.

Konti Jamek FM membawakan slogan ‘Jauh Di Mata, Dekat Di Hati’ itu turut membekalkan pelbagai segmen menarik yang membawakan informasi berguna kepada pendengar.

Antara aktiviti menarik yang dibekalkan ialah Kuiz Tajwid, Tazkirah, Muhasabah serta bual bicara yang dikendalikan oleh pegawai dan kakitangan masjid yang bertauliah sendiri.

Datuk Dr. Zulkifli juga berkata, platform ini merupakan salah satu usaha dakwah yang termasuk dalam Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Di Wilayah Persekutuan Tahun 2020-2024.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini melalui pautan ini: Jamek FM

Sumber:
JAWI Official


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami