Sejarah

Kisah Ahli Ibadah Yang Membunuh & Berzina Selepas Minum Arak

Oleh Fizah Lee  •  23 Nov 2020  •  2 min baca

Sejarah pengharaman arak dilakukan secara berperingkat dan perlahan-lahan sehingga tiga peringkat yang wujud, iaitu; peringkat penjelasan mengenai kebaikan dan keburukan arak (2:219), peringkat kedua apabila ia diharamkan ketika hampir masuk waktu solat (4:43) dan peringkat ketiga mengenai pengharaman secara menyeluruh (5:90-91).

Pengharaman ini menunjukkan bahawa arak itu adalah minuman yang memabukkan dan sangat bahaya.

Bahkan, ulama meyebut bahawa ia adalah ibu kepada kejahatan. Bagaimana ia boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kejahatan?

Ada sebuah riwayat daripada Al-Haris yang telah mendengar Saidina Osman RA berkata:

Jauhilah arak. Sesungguhnya ia adalah ibu segala maksiat. Dahulu, ada seorang lelaki yang sangat kuat ibadah. Lalu, ada seorang perempuan (penzina) yang amat tertarik kepadanya. Perempuan itu telah menghantar seorang hamba perempuan untuk memanggil ahli ibadah itu datang ke rumah.

Hamba itu berkata: “Kami mahu menjemput engkau untuk menjadi saksi.”

Lalu, ahli ibadah itu bersetuju dan mengikut hamba itu. Apabila sampai, dia memasuki beberapa pintu yang ditutup satu demi satu. Kemudian, dia bertemu dengan seorang wanita yang cantik. Di sebelahnya ada seorang kanak-kanak dan sebekas arak.

Wanita itu berkata: “Demi Allah! Aku menjemputmu bukan untuk menjadi saksi. Aku menjemputmu agar engkau bersetubuh denganku atau engkau boleh pilih untuk minum arak atau engkau perlu membunuh kanak-kanak ini.”

Ahli ibadah itu berkata: “Berilah aku minum arak ini segelas.”

Lalu, dia diberikan minuman itu. Kemudian, beliau berkata lagi: “Tambahkanlah untukku.”

Dia tidak berhenti minum sehingga akhirnya dia berzina dengan itu dan membunuh pula.

Oleh itu, jauhilah arak kerana demi Allah, sesungguhnya iman tidak dapat menyatu dengan khamar (arak) dalam dada seseorang melainkan harus keluar salah satunya.” (Hadis Riwayat An-nasai, no. 5669. Disahihkan oleh Al-Hafiz Abu Tahir)

Kesimpulan

Melalui kisah ini kita melihat bahawa bahaya arak itu boleh membawa kepada mudarat yang lain, bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan sekeliling.

Disebabkan itu, Islam amat melarang manusia daripada terlibat dengan arak. Pengharamannya bukan sahaja terhadap perbuatan minum arak namun larangan ke atas penglibatannya, baik yang menjualnya, menghidangkannya dan juga memprosesnya.

Rujukan:
Rumaysho.com
Jabatan Agama Islam Selangor


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami