Gaya Hidup

Kerap Terlepas Subuh? Ini Tips Untuk Mengatasinya

Oleh Fieyzah Lee  •  26 Jun 2020  •  3 min baca

Sukar bangun Subuh. Perkara ini pastinya bukan dirasai oleh anda seorang, bahkan rasanya segelintir daripada kita pernah mengalami atau mungkin sedang berperang dengan diri sendiri untuk mengatasinya.

Ada yang sempat bangkit sebelum fajar menyingsing. Ada juga yang sipi-sipi sahaja lagi sebelum waktu Subuh habis. Lebih menyedihkan apabila terbangun lambat sehinggakan ‘Subuh gajah’.

Perkara ini perlu diatasi. Cuba tanya kepada diri anda – sampai bila nak terlewat menunaikan Subuh?

Jika anda sedang tinggal bersama keluarga atau isteri, mungkin mudah untuk bangun dengan bantuan daripada mereka. Namun, jika anda yang bujang atau berjauhan daripada keluarga, bagaimana ingin mengatasi situasi tersebut?

Jadi, entri kali ini akan mengongsikan tentang beberapa tips yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

#1 – Dapatkan Tidur Dan Rehat Yang Berkualiti

Perkara paling asas yang diajar sedari kecil ialah, untuk bangun awal, perlu tidur awal. Itu adalah ubat yang paling mujarab.

Namun, konsep kali ini ialah dapatkan tidur yang berkualiti. Kalau tidur awal, tapi badan anda tidak mendapatkan rehat yang secukupnya, ia mungkin juga tidak menjadi.

Ketahui berapa banyak masa yang betul untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, apa yang perlu dilakukan sebelum tidur dan pukul berapa waktu yang tepat untuk tidur.

Ia adalah perkara yang perlu dititikberatkan demi mendapatkan tidur yang berkualiti. Ada orang, tidak perlu tidur lama pun, namun tidurnya itu berkualiti.

Ada orang yang perlu mendapatkan tidur sehingga 7 jam bagi mengecas kembali tenaga dan dapat bangun daripada tidur dengan penuh segar.

Semuanya bergantung kepada diri anda kerana anda sendiri yang memahami kekuatan dan daya ketahanan diri anda.

#2 – Amalkan Adab Sebelum Tidur

Sebagai seorang muslim, tidur itu bukan sebarang tidur kerana ia juga boleh menjadi ibadah dan mampu mendapat pahala.

Bagaimana? Caranya mudah sahaja, iaitu dengan mengamalkan adab dan sunnah sebelum tidur. Antara adab yang diajar ialah:

#a – Berwuduk atau membasuh kaki sebelum tidur.

#b – Mengibas tempat tidur. Bersihkan ia daripada habuk atau kotoran yang ada di katil anda.

#c – Membaca Surah Al-Ikhlas, ayat Qursi dan doa tidur.

#d – Tidur dalam keadaan berbaring pada sisi kanan.

#e – Mengucap syahadah sebelum tidur.

#f – Meniatkan dalam hati agar tidur yang dilakukan ini adalah ibadah dan semoga dapat bangkit pada waktu yang tepat untuk menunaikan solat Subuh.

#3 – Menetapkan Penggera

Perkara yang paling mudah ialah dengan menetapkan jam penggera. Cuba untuk letakkan jam tersebut jauh sedikit dari anda.

Jika diletakkan di bucu bantal anda, pasti mudah untuk anda mematikannya. Namun, jika diletakkan di meja atau berjauhan dari katil, ia pasti memerlukan usaha yang lebih untuk anda mematikan jam tersebut.

Jadi, rasa mengantuk itu dapat hilang dengan mudah dan anda boleh menunaikan solat Subuh tanpa perasaan tersebut.

Kesimpulan

Solat Subuh ialah ibadah yang wajib dilakukan. Jika ditinggalkan, anda perlu menanggung dosa. Walaupun anda boleh qada solat tersebut dan bertaubat, namun ia tidak sama dengan menunaikan solat Subuh secara terus.

Jadi, letakkan usaha yang jitu dan paksa diri anda untuk menunaikan Subuh. Jika bukan diri sendiri yang meletakkan usaha, siapa lagi?

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami