Keluarga

Kenali Apa Itu Talak Raj’ie Dan Talak Ba’in

Oleh Fizah Lee  •  15 Dec 2020  •  2 min baca

Perkahwinan yang dibina boleh terputus melalui dua cara, iaitu melalui fasakh dan penceraian.

Fasakh ialah pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim. Secara amalannya, hak menuntut fasakh jatuh kepada isteri kerana suami mempunyai hak untuk melafazkan talak.

Talak pula merujuk kepada lafaz cerai yang diucapkan suami ke atas isteri. Dalam hal ini, terdapat dua jenis talak, iaitu talak raj’ie dan talak ba’in.

#1 – Talak Raj’ie

Ia adalah talak yang dilafazkan oleh suami ke atas isterinya dan dia berhak untuk rujuk kembali dengan isterinya selagi isteri tersebut berada dalam tempoh idah.

Talak satu dan dua termasuk di dalam talak raj’ie. Talak dua boleh dilafazkan sekali gus atau dilafazkan secara satu demi satu dengan talak satu.

Tetapi, jika idah isterinya tamat, maka suami tidak boleh rujuk kembali dengan isterinya. Jika ingin kembali dengan isterinya, mereka perlu dinikahkan semula.

#2 – Talak Ba’in

Talak ba’in terbahagi kepada dua, iaitu ba’in sughra dan ba’in kubra.

Ba’in kubra ialah talak yang tidak boleh dirujuk. Ia berlaku apabila suami telah menceraikan isteri dengan lafaz talak tiga.

Pasangan ini tidak boleh bernikah lagi, kecuali jika isteri telah berkahwin dengan lelaki lain dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang sah. Kemudian, jika isteri itu telah berpisah dengan suaminya, barulah mereka boleh berkahwin kembali dengan bekas suami pertamanya.

Ba’in sughra pula ialah apabila suami melafazkan talak ke atas isteri sebelum melakukan persetubuhan. Dengan ini, suami tidak boleh rujuk isteri semasa idah tetapi boleh mengahwini isteri apabila idahnya selesai dengan akad yang baru.

Ia juga sama situasi apabila penceraian itu berlaku secara fasakh. Selepas fasakh, pasangan tidak boleh merujuk kembali. Pernikahan perlu dilakukan dengan akad yang baru.

Sumber:
Jabatan Bantuan Guaman – Penceraian Orang Beragama Islam
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami