Ibadah

Kelebihan Di Sebalik Bacaan Doa Selepas Azan

Oleh Natirah Azira  •  20 Jan 2019  •  2 min baca

Semenjak kecil kita diajar untuk membaca doa selepas azan. Setiap kali masuk waktu solat (Asar dan Maghrib terutamanya), televisyen akan menyiarkan alunan azan yang mendayu-dayu, diikuti bacaan doa selepas azan. Saya akan tekun mendengar. Lama-kelamaan, tanpa sedar, doa tersebut melekat.

Namun mengapa kita disuruh untuk membaca doa selepas Azan? Apakah manfaat yang terkandung di sebalik doa tersebut?

Jabir bin ‘Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa – Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan – luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat (Sahih Bukhari: 614)

Subhanallah rupanya Nabi SAW sendiri telah menjanjikan syafaat buat orang yang membacanya. Inilah bacaan sebenar yang sahih daripada Nabi SAW yang patut diamalkan.

Mengapa Kita Perlu Mendoakan Nabi

Di dalam doa tersebut terkandung permintaan kepada Allah supaya Nabi SAW dikurniakan kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jika difikirkan, tanpa doa tersebut pun Allah pasti akan memberi kedudukan yang mulia kepada Rasulullah SAW kekasihNya.

Namun tanpa kita sedari, Rasulullah SAW ingin memberi kita cara yang mudah dan singkat untuk mendapatkan syafaat baginda di akhirat. Hanya dengan melakukan sunnah ini sahaja kita mampu mendapatkan pertolongan daripada Nabi SAW di saat tidak ada syafaat daripada manusia lain yang mampu membantu kita kelak.

Maka luangkanlah waktu sebentar selepas Azan untuk membaca doa ini. Mudah-mudahan, di saat kita memerlukan pertolongan baginda kelak, Nabi SAW mengenali dan mengingati kita yang pernah mendoakan baginda.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami