Inspirasi

Kekalkan Penjarakan Sosial Tetapi Jangan Diputuskan Hubungan Sosial

Oleh Fizah Lee  •  14 Jun 2020  •  3 min baca

Sejak dunia digemparkan dengan wabak pandemik COVID-19 yang telah menular di Wuhan pada Disember lepas, kita telah beradaptasi dengan fasa norma baharu.

Walaupun pada awalnya ramai yang menunjukkan ketidakpuasan hati dengan keputusan yang dilaksanakan tersebut, namun lama-kelamaan ia sudah menjadi perkara biasa yang perlu dibiasakan setiap hari.

Jika di Malaysia, kita melihat rata-rata yang terkesan dengan wabak ini tidak segera berputus asa, bahkan terus bangkit daripada setiap dugaan yang melanda.

Ada juga yang sudah berbulan lamanya tidak bersua muka dengan ahli keluarga dan juga dunia luar kerana mematuhi peraturan untuk kekal duduk di rumah.

Kini, kerajaan telah mengumumkan bahawa kita sedang berada di fasa pemulihan dengan termanya yang diberi nama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Walaupun kita sudah dibenarkan untuk kembali bekerja, merentas negeri untuk menyambut Syawal bersama keluarga dan bersua muka dengan sahabat handai, namun norma baharu seperti menjaga kebersihan diri, sentiasa mencuci tangan dan berada dalam jarak yang selamat tetap masih perlu dipatuhi.

Inilah yang perlu dilakukan sepanjang usaha kita untuk melawan wabak ini. Menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk terus mengawal wabak ini daripada terus merebak.

Penjarakan sosial adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan. Kalau dulu, ada yang berebut-rebut untuk menaiki tren, kini semuanya perlu beratur agar boleh sampai ke destinasi dengan selamat.

Dalam masa yang sama, ada perkara yang tidak boleh dilupakan, iaitu hubungan sosial kita dengan sesama manusia yang lain.

Menjarakkan diri semasa berada di tempat awam tidak menghalang seseorang untuk terus bersosial. Jangan abaikan hubungan silaturahim dengan orang sekeliling kerana ia adalah salah satu kesihatan mental yang perlu dijaga.

Jarakkan fizikal anda untuk membantu mengekang wabak ini, tetapi dalam masa yang sama, jangan abaikan orang sekeliling.

Walau jauh di mata, namun pastikan mereka semua sentiasa dekat di hati. Teruskan bertanya khabar dan kekal berhubung dengan orang-orang tersayang.

Mungkin dari sudut anda, tiada apa-apa masalah yang dirasai. Namun, siapa tahu mungkin ada dalam kalangan kenalan anda yang sedang berjuang untuk hidup.

Golongan seperti inilah yang perlu diberi perhatian dan sokongan agar mereka terus bangkit dan tidak mudah tersungkur dalam menjalani kehidupan.

Kita semua sedang berada dalam lautan yang sama tetapi di atas kapal yang berbeza. Ada yang berada di atas feri, ada juga yang sedang menaiki cruise, ada yang menaiki bot dan ada juga yang sedang mendayung sampan.

Perjuangan setiap orang itu berbeza. Justeru, inilah masa yang tepat untuk anda tunjukkan sedikit sokongan kepada mereka yang memerlukan.

Jangan terus jarakkan sosial dengan kenalan anda. Kekal berhubung agar semua orang kekal bersemangat dalam menghadapi perjuangan mereka.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami