Wanita

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga

Oleh Fizah Lee  •  5 Feb 2020  •  2 min baca

Terdapat sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Maka, Baginda SAW menjawab:

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksud: “Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.” (Hadis Riwayat Muslim, no, 2548)

Hadis ini membuktikan bahawa ibu merupakan orang yang paling perlu diberi keutamaan untuk ditaati. Ibu ialah orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan sekalian makhluk pun di muka bumi ini.

Menurut Imam Nawawi dan sebahagian para ulama menyebut bahawa kesakitan dan kepenatan yang ditanggung oleh seorang ibu kepada anaknya itu adalah terlalu banyak dan tidak dapat dikira bermula dari proses mengandung, melahirkan, menyusukan, mendidik serta membesarkannya. Bahkan, naluri seorang ibu itu sentiasa dirasai sehingga ke akhirnya.

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً

Mafhum: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun.” (Surah Al-Ahqaf, 46:15)

Disebabkan itu, Allah menganjurkan setiap anak berbuat baik kepada orang tuanya. Tidak kiralah jika orang tua tersebut merupakan ahli maksiat pelaku dosa, namun tanggungjawab kepada ibu bapa tidak pernah hilang.

رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّة

‏‏

Maksud: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2551)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami