Hukum, Keluarga

Isteri Yang Berhutang Untuk Keperluan Anak, Adakah Kewajipan Suami Untuk Membayar

Oleh Fizah Lee  •  3 Nov 2020  •  2 min baca

Ketua keluarga mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan nafkah terhadap ahli keluarganya.

Nafkah adalah belanja atau sara hidup yang wajib ditunaikan ke atas seseorang yang di bawah tanggungannya sama ada sama ada isteri dan anaknya.

Seperti yang diketahui, nafkah itu adalah yang berbentuk keperluan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan berdasarkan kemampuan dirinya.

Mafhum: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu).” (Surah At-Talaq, 65:7)

Namun, dalam menunaikan nafkah, kadang-kadang suami terlepas pandang atau tidak mampu yang akan menyebabkan isteri cenderung untuk menggunakan cara lain bagi memenuhi keperluan rumah tangga.

Sebagai contoh, isteri cenderung untuk berhutang bagi memenuhi keperluan anak-anak. Jadi, adakah hutang itu ditanggung oleh suami?

Dalam hal ini, ulama berpendapat bahawa jika hutang tersebut adalah yang berbentuk keperluan terhadap rumah tangga, maka ia adalah menjadi kewajipan ketua keluarga kerana nafkah itu pada asalnya adalah tugas yang perlu dipenuhi oleh suami.

Mafhum: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah Al-Baqarah, 2:233)

Justeru, hutang itu adalah termasuk dalam kewajipan suami untuk melunaskannya.

Namun, jika isteri memilih untuk menanggung hutang tersebut disebabkan keadaan keluarga atau suami yang tidak mengizinkan, maka ia adalah tidak mengapa. Hal ini adalah bergantung kepada pasangan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika hutang itu adalah bukan yang berbentuk keperluan dan tidak termasuk dalam nafkah, maka, itu menjadi tugas isteri sendiri untuk melangsaikannya.

Perihal hutang dan nafkah adalah dua perkara yang tidak boleh diambil ringan kerana ia melibatkan hak dan tanggungjawab ke atas orang lain.

Justeru, suami mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan keperluan keluarga tidak terabai.

Sumber:
Konsultasi Syariah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami