Ibadah

Ini Doa Yang Boleh Dipohon Untuk Meminta Pemimpin Yang Baik

Oleh Fizah Lee  •  19 Oct 2020  •  2 min baca

Tugas dan amanat menjadi pemimpin itu bukan suatu yang mudah. Walaupun kadang-kadang amanat itu terlihat kecil dan sedikit, namun ia perlu digalas dengan sehabis baik.

Dan sebagai orang yang berada di bawah tampuk pimpinan seseorang, perlulah menghormati dan mengikuti aturannya.

Jika apa yang diimplementasikan ialah perkara yang baik, maka perlulah diikuti. Namun, jika ia adalah perkara yang melanggar aturan Islam dan alam sendiri, tegurlah mereka dengan cara yang berhemah.

Kini, kita melihat tampuk pimpinan berubah-ubah. Namun, jika ia adalah untuk keharmonian dan kesejahteraan negara yang tercinta sendiri, apa salahnya.

Namun, bagaimana jika kita berada di bawah tampuk pimpinan yang salah dan boleh menjejaskan negara serta rakyat?

Disebabkan itu, salah satu perkara yang boleh kita lakukan adalah dengan berdoa agar Allah memberikan kepada kita semua pemimpin yang sentiasa adil dan baik.

Dan apa doa yang sesuai dibacakan? Entri kali ini akan berkongsi kepada anda beberapa doa yang boleh dibaca;

#1 –

اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا

Maksud: “Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.”

#2 –

اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين

Maksud: “Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepadaMu dan bertakwa kepadaMu, wahai tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”

#3 –

اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا

Maksud: “Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepadaMu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.”

#4 –

اللَّهُمَّ أَبْعِدْ عَنْهُمْ بِطَانَةَ السُّوْءِ وَالْمُفْسِدِيْنَ ، وَقَرِّبْ إِلَيْهِمْ أَهْلَ الْخَيْرِ وَالنَّاصِحِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Maksud: “Ya Allah! Jauhkanlah daripada mereka (para pemumpin kami) teman rapat yang jahat dan merosakkan. Dekatlah kepada mereka orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik, wahai tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”

Doa kan senjata orang mukmin. Jadi, berdoalah dengan perkara-perkara yang baik agar Allah sentiasa memberi kesejahteraan kepada kita semua, baik rakyat, pemimpin dan juga negara yang tercinta ini.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami