Gaya Hidup

Iddah – Hikmah Tempoh Menunggu Buat Wanita

Oleh Natirah Azira  •  28 Feb 2020  •  2 min baca

Iddah bermaksud kiraan, hitungan atau bilangan. Dari segi istilah ia bermaksud tempoh menunggu seorang perempuan setelah pemergian suami disebabkan perceraian atau kematian. Ia dilakukan semata-mata mematuhi perintah Allah.

Hikmah Iddah

Antara hikmah iddah adalah seperti berikut.

1. Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia bagi mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baru dikahwini.

2. Untuk iddah bagi talak raj’ie, tempoh iddah boleh menjadi ruang buat kedua-dua pihak menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan. Ia juga memberi semula peluang kepada mereka untuk rujuk semula.

3. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah boleh menjadi tempoh untuk mereka berkabung untuk menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu. Ia seperti menjaga adab, kehormatan dan nama suami.

Larangan Semasa Waktu Iddah

Larangan sewaktu dalam tempoh iddah antaranya:

1. Haram menerima pinangan atau berkahwin dengan lelaki lain. Jika perkahwinan dilangsungkan dalam tempoh tersebut, pernikahan itu dikira tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

2. Tidak dibenarkan keluar rumah atau untuk bermusafir kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja contohnya untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan jika sakit, membeli barang keperluan yang dianggap penting dan mendesak.

*Bagi wanita yang bercerai, bekas suaminya masih wajib memberikan nafkah tempat tinggal kepada isteri semasa tempoh iddah tersebut

3. Bagi wanita yang beriddah kerana kematian suami, mereka dilarang daripada berhias antaranya:

– Memakai pakaian berwarna terang atu berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang.

– Memakai barang kemas contohnya cincin, gelang dan juga rantai.

– Bersolek, memakai celak, berinai atau hal-hal lain yang dianggap sebagai berhias dalam kalangan masyarakat setempat.

Iddah adalah ruang buat para wanita menilai semula hubungan perkahwinan yang telah dijalani, membuat refleksi dengan mendalam dari segi kelebihan dan kekurangan yang boleh diperbaiki di masa hadapan.

Selain itu, daripada sudut psikologi pula, penulis melihat bahawa tempoh iddah ini sebagai ruang untuk wanita menenangkan fikiran serta fasa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan hidup yang dialami tanpa pengaruh banyak orang.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami