Hukum

Hukum Permainan Memukul ‘Pinata’ Di Majlis Hari Lahir

Oleh Natirah Azira  •  9 Jul 2020  •  2 min baca

Pinata adalah bekas yang mengandungi makanan seperti gula-gula yang disediakan sempena majlis sambutan seperti hari lahir. Ia akan dipecahkan dengan kayu pemukul untuk mendapatkan makanan yang berada di dalamnya. Bentuk asalnya adalah bintang dengan tujuh bucu dan diwarnakan dengan warna-warna yang terang bagi sebagai simbol yang mempunyai maksud tertentu.

Asal usulnya dikaitkan dengan upacara keagamaan di Mexico namun seiring peredaran zaman, permainan ini semakin hilang nilai agamanya. Malah bentuk Pinata ini berubah mengikut kemahuan individu atau konsep sesebuah majlis hari lahir.

Untuk menjadikan sambutan hari lahir anak-anak lebih meriah, mungkin ada dalam masyarakat Islam di Malaysia yang memilih untuk mengadakan permainan memukul Pinata ini. Adakah ia dibolehkan?

Sebelum membincangkan tentang hukum permainan ini, perlu kita fahami bahawa perbuatan tasyabuh iaitu menyerupai suatu kaum agama lain jelas dilarang dalam Islam sama ada melalui perhiasan, pakaian atau berkelakuan seperti kelakuan mereka. Ia boleh menjadi makruh atau haram.

Manakala suatu hal yang pada asalnya memiliki penyerupaan dengan agama lain, tetapi lama-kelamaan apabila ia telah berasimilasi dengan budaya umum, sehingga telah berubah tasawwurnya dan sehingga hilang nilai-nilai agama asalnya, maka hukumnya tidak haram dan tidak makruh.

Ia disamakan dengan contoh pemakaian tudung tailasan bagi lelaki. Menurut Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Kitab Fath al-Bari;

“Dan disebabkan pemakaian al-tiyalisah pada masa kini bukan lagi menjadi syiar mereka (Nasrani dan Yahudi), bahkan sudah diangkat pada zaman kita dan berubah menjadi salah satu yang termasuk dalam perkara umum yang diharuskan. Betapa perkara ini telah disebut oleh Ibn Abd al-Salam dalam bid’ah-bid’ah yang dibenarkan.” (Dipetik daripada penerangan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan)

Sama juga dalam hal permainan memukul pinata ini, pelaksanaannya tidak lagi dikaitkan dengan upacara keagamaan dan biasanya hanya untuk memeriahkan suasana sahaja.

Justeru, pihak Mufti Wilayah Persekutuan cenderung berpegang dengan pendapat bahawa permainan memukul pinata adalah diharuskan dengan syarat tiada niat untuk meniru ajaran bukan Islam tetapi sekadar untuk permainan sahaja.

Wallahua’lam.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami