Gaya Hidup, Hukum

Hukum Menjual Kek Yang Diukir Haiwan

Oleh Fizah Lee  •  23 Dec 2020  •  3 min baca

Perkembangan industri pemakanan amat meluas dan mampu mempelopori kegiatan ekonomi. Pada zaman pandemik ini, ramai dalam kalangan kita yang cuba menceburi bidang ini. Sama ada ia dalam bidang masakan mahupun pembuatan kek.

Untuk bersaing, masing-masing perlu menunjukkan kekreatifan sendiri bagi menarik minat pelanggan. Sebagai contoh, dalam industri pembuatan kek, kita melihat banyak jenis perisa dan juga bentuk yang diperkenalkan.

Inilah yang membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka sekali gus untuk mempromosikan kepada sekeliling.

Seperti yang tular baru-baru ini, ada yang membuat kek berbentuk haiwan atau menghiasnya dengan lukisan haiwan seperti arnab, cicak mahupun kartun Mickey Mouse yang membawa gambaran tikus.

Menjadi persoalan di sini, adakah dibolehkan kek-kek tersebut dibina menjadi bentuk atau lukisan haiwan?

Melihat kepada pendapat yang telah dikemukakan daripada Mufti Wilayah, ia adalah dibolehkan selagi kek itu halal dan menggunakan bahan yang diyakini kehalalannya.

Bagaimanapun, perlu dilihat kepada haiwan bagaimana yang ingin dilakar pada kek tersebut. Jika ia adalah haiwan yang boleh mendatangkan fitnah kepada umat Islam seperti anjing dan babi atau haiwan yang boleh menghilangkan selera seperti lipas, cicak atau tikus, sebaiknya dielakkan.

Ini adalah untuk mengelakkan diri daripada timbulnya fitnah serta menjaga imej makanan sendiri yang akan menjadi darah daging manusia itu.

Kita melihat dalam firman Allah yang menganjurkan kepada umat manusia untuk makan makanan yang halal dan lazat.

Halal bukan sahaja dilihat kepada sumber pembuatannya, namun juga kebersihan dan juga cara pembuatan.

Manakala, lazat dimaksudkan dengan makanan yang boleh mendatangkan selera. Sebagaimana dalam penjelasan daripada Sheikh Al-Maraghi – “Apa sahaja makanan yang baik untuk diri dan elok untuk kehidupan yang mana manusia makannya dengan penuh selera. Ia juga merujuk kepada makanan yang boleh dimakan dan dicerna dengan baik oleh manusia sehingga memberikan zat yang mendatangkan manfaat kepada manusia.” (Al-Maraghi, 6/56)

Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam lakaran haiwan adalah ia tidak boleh diukir secara lengkap. Ertinya di sini, ukirlah ia tanpa jari atau kaki.

Hal ini merujuk kepada pengharaman mengukir makhluk yang hidup sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih, iaitu;

Maksud: “Sesiapa yang melukis atau mengukir gambar sesungguhnya Allah akan mengazabnya sehingga (jika disuruh) meniupkan roh ke dalam gambar tersebut, dia tidak mampu berbuat demikian selamanya.” (HR Bukhari, no. 2225)

Kesimpulan

Secara kesimpulannya di sini dapat dilihat bahawa hukum membuat, menjual dan membeli kek yang diukir haiwan adalah harus selagi bahan yang digunakan halal dan bentuknya adalah tidak penuh (tidak diukir secara lengkap).

Bagaimanapun, elakkan daripada mengukir bentuk haiwan yang haram seperti anjing dan babi serta haiwan yang kotor seperti cicak dan lipas.

Ia adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya fitnah kepada diri sendiri dan juga Islam.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami