Hukum, Keluarga

Hukum Amalan Sedekah Dari Nilai Timbangan Rambut Bayi

Oleh Fizah Lee  •  18 Dec 2020  •  2 min baca

Akikah dan cukur rambut bayi adalah salah satu amalan sunat yang dilakukan oleh ibu bapa terhadap bayinya yang baru lahir.

Sebagaimana dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

Maksud: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih (akikah) untuknya pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya dan diberikan nama.” (HR Abu Daud, no. 1522)

Namun, antara amalan masyarakat kita yang sering dilihat adalah, selepas rambut bayi dicukur, ia akan ditimbang dan nilai daripada timbangan itu akan disedekahkan sama ada dengan nilai emas dan perak.

Adakah amalan ini termasuk dalam perbuatan sunah atau adat sahaja?

Dalam hal ini, Mufti Wilayah telah memberi penjelasan bahawa perbuatan mencukur rambut bayi dan menimbangnya adalah perbuatan yang pernah dianjur oleh Rasulullah SAW.

Nilai dari timbangan itu yang akan disedekahkan dengan mengambil bukti kesyukuran kepada Allah SWT di atas kelahiran cahaya mata.

Hal ini sebagaimana diriwayatkan dalam hadis daripada Saidina Ali, katanya Rasulullah mengakikahkan seekor kambing kepada Al-Hasan dan bersabda:

عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ

Maksud: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah perak mengikut berat rambut tersebut.” Ali berkata: “Fatimah pun menimbang rambut itu dan mendapati beratnya satu dirham atau setengah dirham.” (HR Tirmizi, no. 1519)

Ulama berpendapat bahawa hukum bersedekah dengan nilai timbangan rambut bayi adalah sunat berdasarkan dalil yang dinyatakan di atas.

Manakala, ulama dari Mazhab Syafi’e dan Maliki berpendapat bahawa nilai sedekah itu adalah disamakan dengan nilai emas dan perak.

Kesimpulan

Perbuatan sedekah dari hasil timbangan rambut adalah diniatkan dengan sedekah sahaja.

Sebagaimana dalam salah faham masyarakat kita yang menganggap bahawa ia adalah zakat rambut bayi. Hal ini kerana, dalam syariat Islam, tiada istilah tersebut.

Hukumnya adalah sunat sebagaimana yang dianjurkan oleh Baginda SAW.

Namun, jika tidak dicukur rambutnya, boleh juga menyedekahkan dengan anggaran sahaja dan mengikut kemampuan.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami