Berita

Halfest 2019 – Kunjungi Ekspo Halal Terbesar Malaysia Anjuran JAKIM

Oleh Fizah Lee  •  6 Sep 2019  •  3 min baca

Jakim dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengadakan Ekspo Halal Terbesar Malaysia bagi memperkenalkan produk-produk menarik dan halal kepada pengguna.

Halal Fiesta Malaysia atau Halfest 2019 kali ini diadakan di Pusat Pameran Mines Seri Kembangan bermula 4 sehingga 8 September 2019.

Ekspo Halal ini membawakan sebanyak 7000 produk halal dari serata Malaysia dalam pelbagai jenis seperti ubat-ubatan, makanan sunnah, produk mandian, makanan basah dan sejuk beku serta banyak lagi.

Di sini, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai khidmat percuma seperti pemeriksaan kesihatan, khidmat kaunseling untuk membuat pelaburan serta banyak lagi.

Melalui 176 gerai ini, anda juga boleh membeli barangan dengan mendapatkan harga promosi yang ditawarkan. Terdapat beberapa peniaga yang akan menawarkan peluang pekerjaan kepada anda yang berminat.

Selain itu, anda boleh menghadiri sebanyak 50 sesi dialog oleh para penceramah yang berkaliber sesuai dengan topik yang dibawakan sepanjang lima hari di sini.

Antara topik yang dibincangkan ialah ‘Khidmat Pengembangan dan Pembangunan Usahawan ke Arah Persijilan Halal’ oleh Jabatan Pertanian, ‘Sijil Pengesahan Halal Malaysia Bukan Sekadar Sehelai Kertas’ oleh JAKIM dan banyak lagi.

Terdapat juga beberapa aktiviti pentas yang dilakukan untuk menarik minat pengunjung seperti peraduan mewarna oleh Susu Irfan, kuiz oleh Tamu Hotel serta demonstrasi masakan oleh Azra Food Industries dan chef-chef terkenal yang hadir.

Semua aktiviti ini dilakukan di bahagian Aktiviti Pentas, manakala untuk ceramah, ia diadakan di bahagian Chat Industry Halal.

Anda boleh dapatkan jadual dan peta di laman web Halfest 2019 atau layari sahaja laman Facebook Halfest Malaysia .

Selain boleh mengetahui barangan dan produk halal, anda juga berpeluang untuk mengenali perniagaan baharu, mengetahui geran-geran agensi kewangan dan juga mempelajari bagaimana menguruskan kewangan dengan betul melalui klinik kewangan.

Buat anda juga yang berminat mengenai ilmu perniagaan secara komprehensif bermula dengan cara untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan, memohon paten, cara untuk memiliki sijil halal, strategi yang betul untuk mempromosi dan mengeksport produk serta banyak lagi, anda boleh bertanyakan soalan pada 50 sesi dialog yang dilakukan.

Ekspo ini turut dianjurkan dengan kerjasama oleh Sharpers Malaysia Sdn. Bhd., Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Bank Rakyat, Alliance Islamic Bank dan juga McDonald’s Malaysia.

Ekspo ini bermula dari pukul 10 pagi sehingga 7 malam untuk hari Rabu dan Khamis, manakala 10 pagi hingga 9 malam pada hari Jumaat hingga Ahad dan kemasukan adalah percuma.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Ekspo Halal Terbesar 2019 ini dan terokai pelbagai pengalaman dan ilmu menarik di sana.

Untuk dapatkan lebih banyak maklumat menarik, peta dan cara menghadiri Halfest 2019, anda boleh terus layari laman web Halal Fest 2019 atau terus hubungi Halfest 2019 .


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami