Gaya Hidup

Hadis Kemuliaan Manusia Yang Bekerja

Oleh Fizah Lee  •  12 Jan 2021  •  2 min baca

Berikutan dengan pengumuman yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia semalam, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan di beberapa buah negeri bagi membendung penularan COVID-19.

Hal ini menjadikan beberapa aktiviti kembali diperketatkan dan tidak boleh dilakukan seperti biasa. Antaranya ialah ramai yang akan mula bekerja dari rumah dalam tempoh dua minggu ini atau sehingga tempoh waktu yang akan diumumkan lagi.

Dengan situasi yang melanda kita hari ini, rata-rata menunjukkan keluh kesah serta kegusaran kerana bimbang ia boleh menjejaskan sumber kewangan dan ekonomi seseorang.

Namun, dalam dilanda ujian yang penuh dengan liku ini, perkataan putus asa tetap tidak boleh ada dalam kamus hidup manusia kerana kehidupan mesti diteruskan.

Ketika dunia dilanda dengan pandemik COVID-19 ini, ramai orang yang telah kehilangan mata pencarian. Ada yang telah dibuang kerja, ada yang dilanda muflis dan ada juga yang masih lagi bergelut dengan mencari kerja.

Situasi-situasi inilah yang telah menambah kadar pengangguran di negara kita, namun situasi ini tidak seharusnya menyebabkan kita berputus asa dan lemah semangat.

Rezeki harus dicari dengan meletakkan usaha serta kerja keras, membanting tulang dan memerah keringat. Sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud:

لَأَنْ يَحْتَطِبَ أحَدُكُمْ حُزْمَةً علَى ظَهْرِهِ، خَيْرٌ له مِن أنْ يَسْأَلَ أحَدًا، فيُعْطِيَهُ أوْ يَمْنَعَهُ.

Maksud: “Sungguh, seorang dari kamu yang memikul kayu api di atas belakangnya lebih baik baginya daripada dia meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberinya atau menolaknya.” (HR Bukhari, no. 2074)

Manusia yang bekerja lebih baik daripada manusia yang melayan kemalasan dan meminta-minta apatah lagi tidak berusaha untuk mencari rezeki dengan cara yang terbaik.

Justeru, teruskan berusaha untuk mencari rezeki agar Allah SWT akan memberi peluang kepada anda untuk meraih keberkatan hidup kerana Allah amat menyukai hambaNya yang berusaha.

Wallahu a’alam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami