Inspirasi

Gambar Momen Indah Di Haramain, Madinah & Mekkah

Oleh Syed SK Kamil  •  27 Apr 2016  •  19 min baca

Haramain, Madinah al Munawwarah and Makkah al Mukarramah, the places where my heart and soul breathe. And the true portrayal of peace comes to life.

Alhamdulillah. Umrah pertamaku pada usia 31. Semoga dapat menjadi panduan dan inspirasi untuk diriku, keluarga dan sahabat supaya dapat pergi dan kembali ke sana.

1

Mula- mula sekali, nak pegi umrah ni kena pasang niat. Bile dah ade niat InsyaAllah akan dibukakkan jalan. And selain daripada passport visa dan docs sume, ade few things yg nak kena prepare:

1. Mental – Try reflect. Kenapa aku nk pegi sana? Ape yg aku nak cari? Ape yg aku kena tinggalkan? Setiap orang ade goal yg berlainan. Make sure kite ade target ape yang kite nak so that bila dah sampai, masa tu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

2. Spiritual – Banyakkan ilmu sebelum pergi. Baca buku, pergi kursus, tanya orang yang alim supaya kite tau ape amalan yang sunat, kelebihannya kat tempat yang berlainan so that bile sampai masjid nabawi, ziarah Rasulullah ke, mula-mula nampak Kaabah ke kite tau nk buat ape. Tak blur. Try target amalan yang kite nak buat. Kalau nak khatam kena ade target berapa pages nak habis sebelum pegi, berapa pages lagi nak baca kat sana dalam sehari. Etc.

3. Physical – Hotel kat sana biasanye dalam 300-600 meter dari masjid. Tu baru sampai depan gate masjid. Masjid tu dua-dua besar. Nak pusing dalam tu ade la lagi 400 meter. Bayangkan hari-hari nak kena ulang alik sekurang-kurangnya 1km. Kalau setiap waktu nak balik hotel dah 5km sehari berjalan. So as preparation boleh la start jogging ke, brisk walking ke few weeks before pergi tu. So that takde la cepat penat bila banyak buat ibadah nanti.

4. Sleep pattern pon dah kena jaga awal-awal. Kat sana orang biasa tido pukul 10/11pm dan bangun pukul 3/4am. So dah kena start praktis tido awal supaya body kite takde la terkejut and dapat enough rest.

*Sunset at Cairo airport, sebelum berlepas ke Madinah.
– Trip Madinah – Makkah

2

Masjid Nabawi sememangnya indah. First time tengok memang rasa sebak and terharu. Macam tak percaya akhirnya aku dah smpai sini.

3

Rasulullah bersabda,

Barangsiapa yg menziarahi kuburnya , samalah seperti menizarahinya sewaktu baginda hidup.”

Kita nak ziarah makhluk Allah yang paling mulia and agung. Seelok- eloknye pakailah pakaian yg bersih dan baru dan wangi- wangian bile nk ziarah Rasulullah.

Kubah hijau tu menandakan kawasan bekas rumah Rasulullah, yg skrg dijadikan maqam dan kt situlah baginda disemadikan.

4

Bab – Assalam. Pintu paling depan. Nak ziarah Rasulullah kena masuk ikut pintu ni.

5

Keseluruhan bahagian dalam karpetnye kaler merah. Cuma ade satu bahagian yang karpet kaler hijau. Lorong ni terus menghala ke maqam Rasulullah. Kawasan maqam akan nampak kat sebelah kiri nanti.

6

Chandelier kat kawaasn depan. Memang cantik. Tertulis Laa Ilaaha Illallah, Muhammad Rasulullah.

7

Mihrab. Tempat imam mengimamkan solat.

8

Mimbar Rasulullah. Halfway akan nampak. Menandakan dah nak dekat sampai kawasan maqam. Sabda Rasulullah,

Antara mimbarku dan rumahku adalah taman (raudhah) di antara taman- taman syurga.

Start dari kawasan ni akan ade polis jaga sebab ramai org nak masuk.

9

Polis Saudi. Diorang ni memang strict. Kalau dia dah tutup jalan and cakap tak boleh lalu memang camne pon dia tak kan bagi lalu tak kira la tua ke muda.

YALLAH YA HADJJ…maknanya dia suruh ko jalan la tu. Kadang-kadang diorang main petik je nama ko Ahmad, Muhammad, Faisal.

Kadang-kadang halfway ke mimbar tu dia akan buat lencongan macam ni untuk elakkan jem. so just go with the flow.

10

Inilah maqam Rasulullah. Yg 1st sekali. Kat kawasan maqam Rasulullah ni dimakamkan jugak sahabat baginda disebelahnya iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Yang depan tu gatenya aje. Maqam di sebalik gate tu. Kalau intai kat lubang yang bulat tu boleh nampak bentuk maqam kat dalam. Jangan buat benda bida’ah sudah. Ade yang sampai sapu-sapu and nak cium gate tu. Polis tu akan tegur ‘Syirik! Haram! *geleng kepala

Beri salam pada Rasulullah, sampaikan salam sesiapa yg ade kirim dan doalah semoga baginda memberi syafaat pada hari pengadilan nanti. Then bagi salam pada Saidina Abu Bakar and Saidina Umar and jalan keluar terus lepas selesai.

Seeloknya-eloknya niatkan nak ziarah Rasulullah setiap hari masa kat madinah. Bukan selalu dapat peluang nak ziarah. Alang-alang dah datang jauh2 baik manfaatkan sepenuhnya masa kat sana.

12

Pernah nampak (Syiah kot) lepas doa pada Rasulullah, dia ludah pada maqam sahabat. Just istighfar and ignore orang macam tu, polis kat situ akan settelkan orang-orang macam tu.

13

Kat depan kawasan maqam ni biasenye kalau berdiri lama skit polis tu akan suruh jalan. Kalau tak jem kan org belakang pon tunggu jugak. So kalau nak doa lebih skit undur ke belakang sikit. InsyaAllah polis tak kacau.

14

Karpet hijau. Menandakan ade dalam kawasan Raudhah. Sepanjang masa ramai orang nak masuk. Alhamdulillah, biase aku dapat masuk lepas waktu subuh.

Sebelum subuh datang masjid awal, cari saf depan. Tak dapat dekat Raudhah, dekat-dekat Bab Assalam pon dah ok. Kalau subuh kol 5.30, 3.30 camtu biase dalam dah penuh. Dah dapat saf, duduk dulu zikir solat etc sampai lepas solat subuh, terus bangun and pegi area sini.

Cari mimbar nabi kalau tak sure kat mana. Tak smpi 10 minit lepas solat subuh, kawasan ni dah penuh and dia dah mula tutup tak bagi orang masuk lagi.

Kalau dah dpt masuk, manfaatkan sepenuhnya dengan baca quran, zikir, solat etc. Jangan bantai tido pulak. Tau la ngantuk tak cukup tido. Balik hotel nanti boleh sambung tido. Bukan senang nak dapat beribadah dalam kawasan taman syurga ni dengan jasad Rasulullah ade kat sebelah je. InsyaAllah dapat beribadah kat dalam sampai pukul 7.30 dia akan suruh clear untuk muslimat pulak.

15

Dalam kawasan Raudhah. Di sebelah kiri tu tersemadinya makhluk Allah yg paling mulia dan agung, Rasulullah saw. InsyaAllah doa disini mustajab. Manfaatkan masa sebaik mungkin.

16

Dalam kawasan Raudhah

17

Perkuburan Baqi’ – Kat luar masjid Nabawi je. Terus je ke depan lagi dari Bab Assalam.

18

Isteri – isteri Rasulullah termasuk Saidatina Aisyah, Hafsah dan Saudah dimaqamkan di sini, di samping para sahabat baginda.

19

‘Ashara Riyal! Jerit pak arab kat sebelah aku ni. Sepuluh riyal. Macam nilah suasana selepas setiap kali waktu solat di luar gate masjid. setiap lorong akan ade penuh orang berjual beli. Meriah and murah.

Barang-barang kat Madinah lagi murah dari Makkah. Boleh la nak tengok-tengok nak beli barang. Tapi jangan lupa tujuan asal kita datang nak beribadah. Jangan pulak smpai sopping lebih ibadah kurang.

20

Nah smpai cam gini pon ade. Kat sini tak payah nak speak English sangat pon takpe. Diorang lagi faham cakap Melayu/ Indonesia. Boleh la belajar Arab sikit-sikit macam no 1 sampai 10 ke sekurang-kurangnya. Lagi senang nak communicate and mintak diskaun sikit.

21

Kawasan dalam masjid. Kalau time panas or hujan, payung-payung tu akan dibukak. Syok jugak tengok time dia tengah bukak payung tu slow-slow.

22

Courtyard at night.

23

Kat bahagian kanan masjid Nabawi ade exhibition hall. Daripada tak buat ape baik pegi masuk tengok kan. Dapat jugak belajar something. Time ni ade exhbition pasal asma ul husna.

24

Antara tempat favorite solat kat sini. Kawasan open air. Dekat dengan Raudhah. Waktu Maghrib at 5.35pm.

25

Halaqah al Quran

Antara aktiviti yang dijalankan di masjid untuk mengisi waktu menunggu solat. Boleh duduk dalam halaqah and akan ade sorang sheikh semak bacaan kita. Umat dari macam-macam negara ade. Baca surah al Fatihah and surah-surah lazim dari Juzu ‘Amma.

Bunyi macam senang tapi time ni la nak check betul ke tak bacaan kite seumur hidup kite ni? Ke kite yang syok sendiri je? Nak baca bismillah dengan makhraj yang betul pon bukan perkara yang mudah and boleh dianggap remeh sebenarnya. Ade yg kena ulang 4-5 kali untuk baca Bismillah je.

So sama-samalah kita semak balik bacaan kita. Semoga amalan kita diterima Allah.

26

27

Kawasan dalam masjid Nabawi.

28

Main entrance

29

Antara gate-gate kat dalam masjid Nabawi. Memang cantik. Kalau musim sejuk, waktu malam memang boleh cecah 18-12. So pakailah pakaian yang tebal.

30

Ziarah luar: Ladang Kurma

Macam-macam jenis kurma dijual kat sini. Kacang-kacang, kismis, kurma coklat pon ade. Boleh beli and minum kopi kat luar ni. Kalau dia cakap ‘Halal!’ means boleh try rasa la tu.

31

Di puncak bukit pemanah, Jabal Uhud.

Kat sinilah pemanah yang ditugaskan oleh Rasulullah turun meninggalkan post sebab nak ambik harta rampasan kat bawah bila nampak macam dah nak menang. Dan sebab tu tentera musyrikin patah balik and attack tentera muslimin.

Resultnya ramai tentera muslimin terkorban termasuk Saidina Hamzah dan Rasulullah pon tercedera. Semoga menjadi iktibar pada kita untuk sentiasa patuh pada Allah dan Rasulullah dan juga ketua.

33

32

Kat kawasan yang petak kat bawah tu dimakamkan para syuhada dalam perang ni, termasuklah Saidina Hamzah, yang diberi gelaran Asadullah atau Singa Allah.

34

Masjid Quba’.

Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah setibanya di Madinah selepas hijrah dari Makkah.

Sabda Rasulullah,

Barang siapa yang berwudhu di rumah dan solat sunat dua rakaat di masjid Quba’, maka pahalanya bersamaan dengan pahala umrah.

So jangan lupa berwudhu’ siap2 sebelum datang ke sini.

35

Kawasan dalam masjid Quba’

36

Last day at Madinah.

Sebelum berangkat ke Makkah, jangan lupa ziarah wada’ pada Rasulullah. Nyatakan kesetiaan pada baginda dan kebenarannya, and doa semoga akan diberi peluang untuk kembali lagi ke sini.

* Bahagian depan masjid Nabawi, banyak burung merpati yang jinak esp waktu pagi lepas Subuh.

37

Di Masjid Bir Ali.

Kawasan miqat atau sempadan antara tanah halal dan haram. On the way ke Makkah, kat sinilah kita kena berniat umrah lepas pakai ihram. Boleh pakai ihram siap-siap sebelum bertolak dari Madinah atau bersiap kat sini. Ade shower siap kalau nak mandi. Barang kelengkapan ihram pon ade dijual.

1st time pakai ihram, masa tu lah rasa kau, aku, semua sama. Hanyalah hamba di depan Pencipta. Yg tinggal cuma dua helai kain putih menutupi badan. Semua putih dari atas sampai bawah. Rasa suci macam baru dilahirkan. And dalam keadaan macam ni lah kita akan berjumpa dengan Pencipta bila dipanggil nanti.

Bila dah mula niat ihram ni, ade 13 pantang larang yang kena jaga, sampailah selesai rukun umrah. Antaranya tak boleh bercukur, memburu binatang buruan, menutup kepala etc. Banyakkan baca Labbaikallah Humma Labbaik (talbiah) masa otw ke Makkah.

38

1st time nampak Kaabah and nampak orang tengah berpusu-pusu tawaf keliling dari bawah smpai tingkat atas, rasa sangat terpegun, sebak, syahdu semua ada.

Doalah bila dah mula nampak Kaabah sepenuhnya. Time tu lah antara waktu paling maqbul untuk berdoa. Then terus ke penjuru Hajar Aswad (ade lampu penanda kaler hijau) and mulakan tawaf 7 round.

39

Maqam Ibrahim

Diriwayatkan semasa nabi Ibrahim membina Kaabah, batu tempat baginda berdiri menjadi lembut sehingga meninggalkan kesan tapak kaki. Kat dalam nilah batu tu diletakkan, Bukanlah maqam maksudnya Nabi Ibrahim dimaqamkan di dalam ni.

Macam-macam orang boleh jumpa time tawaf. And dugaan paling besar adalah kesabaran. Ade yang jenis tak sabar, main rempuh je nenek-nenek and atuk-atuk yang jalan slow, tolak wheelchair macam bawak F1 sampai lenyek je kaki orang, yang nak ke hajar aswad dia main sailang je orang tengah tawaf, yang selfie depan ni, depan Kaabah siap buat peace pon ade. Ade yg melangkah orang tengah solat semata-mata nak ambik gambar kat depan.

Serius beb. Pegi melancong ke pegi beribadah? Mana rasa hormat dan segan dengan Allah? Tak faham..so banyakkan bersabar time ni. Jangan kita pon buat macam tu kat rumah Allah.

Lepas habis tawaf disunatkan solat di kawasan belakang maqam ni. Takde saf khas untuk muslimin/muslimat. Just selit-selit and asalkan ade ruang untuk sujud, bolehlah solat. Jangan solat di kawasan orang tawaf kalau tau nanti kepala kena lenyek. So pergi ke belakang sikit.

40

Dah selesai tawaf, seterusnya Saie pulak.

Saie ni ialah berjalan ulang alik antara bukit Safa dan Marwa sebanyak 7 kali. Untuk memperingati Siti Hajar yang berulang alik antara 2 bukit ni untuk cari bantuan semasa berada kat tengah-tengah padang pasir yang panas terik dan takde pape makanan atau air.

Masa tu Nabi Ismail masih baby, menangis kuat sebab kelaparan sambil hentak-hentak kaki. Akhirnya keluarlah air akibat hentakan tu dan Siti Hajar pon mengepung air tersebut sambil menyebut zam zam (berhenti-henti). So jadilah tempat tu telaga zam zam yang tak pernah kering dah beribu tahun sampai sekarang.

41

Dulu kat atas bukit ni boleh naik tapi sekarang dah kena tutup keliling. Bukit Safa yang sekarang ni pon tinggal sikit je mcm busut.

Memang berbeza dari zaman Siti Hajar dulu dengan bukit berbatu pastu dalam keadaan panas terik takde air. Time ni lah teringat betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

42

Trek dia ni boleh tahan jugak. Sekali trip ade la dalam 400m. Kalau 7 kali ulang alik dah 2.1km. Hahaa terasa jugak la penatnye walaupun dok dalam aircond.

Yang lampu hijau ni menandakan tempat disunatkan berlari-lari anak bagi lelaki sahaja. Lari anak dah la. Jangan la lari sprint 100m pulak.

43

Last sekali selepas selesai saie, tahallul. Potong skit sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Disunatkan bercukur sepenuhnya bagi lelaki.

Selesai tahallul so selesailah rukun umrah and terlepas la kite dari 13 pantang larang ihram mula-mula tadi.

44

Aku dan Hajar Aswad

Time tu lepas waktu Maghrib. Aku buat tawaf sunat (tak perlu berihram). Dalam 10 minit before masuk waktu Isya, orang dah mula buat saf and berenti tawaf. So aku pon ikut. Dapat saf keempat. Dekat jugak la tu. Kaabah betul-betul depan mata aku.

Lepas solat, habis je salam, orang terus meluru ke depan nak sentuh Kaabah. Aku pon ikut, fikir bukan senang nak dapat dekat dengan Kaabah macam ni. Then baru perasan, eh Hajar Aswad dah dekat je dengan aku ni. So aku pon try menyelit kot-kot dapat cium Hajar Aswad.

Halfway nak menyelit tu nampak macam-macam orang kat situ. Pak arab yang besar ade, orang indonesia yang lebih kurang size aku pon ade. Tapi aku perasan badan besar tak semestinya dia dapat terus ke depan. Yang macam dah tak cukup nafas kena tolak pon ade jugak even badan besar pon.

So aku sedar, kat sini tak kira siapa diri kita, champion of the ring ke, heavyweight boxer ke, tu semua simpan. Allah je Yang Maha Kuasa, Yang Maha Menentukan.

So aku banyakkan doa, ulang Rabbi yassir wa laa tu assir dalam keadaan orang bertolak-tolak tu, sedar-sedar je orang tolak aku makin dekat. And finally Hajar Aswad dah ade depan mata!

2.8 billion muslims in the whole world and for 3 seconds, kepala aku sorang je yang ade kat Hajar Aswad tu. Rasa macam the world just stopped. Then masa aku cium Hajar Aswad tu, bau harum yang amat and rasa khusyuk sangat-sangat.

Subhanallah. Sesungguhnya doa memang sangat-sangat mustajab kt sini. So yakinlah pada kuasaNya, buang sifat ego and berdoalah pada Rabb al Alameen dengan penuh rasa rendah diri الله اگبر.

45

Area ke King Abdullah gate. In December 2015, still belum fully completed but ade certain area dah bukak. 4 tingkat. Memang cantik kawasan dalam dia.

46

47

48

49

Area ke King Abdullah gate.

50

51

Area ke King Fahd gate.

52

53

Entrance from King Fahd gate. Keluar dari sini menghala ke clock tower, safwa tower and hotel-hotel 5 star.

54

The Clock Tower, 2nd highest building in the world

Sabda Rasulullah:

“Dan kamu lihat bagunan tinggi mencakar gunung atau dalam riwayat lain ianya melepasi puncak gunung”.Kemudian Baginda bersabda bahawasanya “As-Sa’ah telah membentang bayangnya”.

*As- Sa’ah (saat) bermaksud jam dalam bahasa Arab.

“Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu”

Wallahualam

55

Safwa and Marwa towers, Hilton hotel and banyak lagi bangunan tinggi, hotel hotel mewah yang still under construction kat sekeliling masjidil haram. Boleh try tengok-tengok tapi jangan sampai terleka terlebih tawaf kedai.

56

Daripada Ibn Abbas berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bahawasanya Allah menurunkan 120 rahmat setiap hari, diturunkan kepada Kaabah; 60 rahmat untuk orang tawaf, 40 untuk orang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya.”

57

That feeling bila dapat khatam di bumi turunnya al Quran, di depan Kaabah. Cuba target untuk khatam bila sampai ke sini. Dia punya feeling… MasyaAllah.. Sangat-sangat menenangkan.

58

59

Dulu bila tengok orang solat kat Makkah, selalu fikir.. Imam kat mana?

60

Solat Maghrib. View from saf pertama, upper mataf bridge. Boleh letak je camera kt depan kalau nk rekod. Mmg takde org akan lalu.

Selalunya lepas solat asar aku terus stay kat masjid sampai maghrib. Sebab gap tak lama. Asar pukul 3.30 Maghrib dalam 5.30. Lepas asar time orang dah lengang sikit aku mula cilok-cilok masuk ke area mataf bridge ni and cuba cari tempat kat saf pertama. Dah ade tempat, duduk sampai isya.

Solat kat saf pertama dengan view dari atas ni really is a breathtaking experience.

Bila solat depan Kaabah, sebolehnya aku tak lepaskan mata dari memandang Kaabah sepanjang masa.

Paling syahdu, khusyu and kagum, bila tengok umat manusia sekeliling Kaabah tu, dari atas sampai bawah, saf depan sampai belakang, tunduk ruku’ dengan serentak. Subhanallah, memang aku tak pernah tengok anything else yang lebih menenangkan dari itu.

Daripada Abdullah bin al-Zubair berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Solat di masjidku ini (Masjid nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100 ribu kali di masjid lain).

63

Dalam masjid. Rasa agak ngilu bila naik escalator tak pakai kasut.

64

Suasana lepas solat Jumaat. Bayangkan bila hampir semua umat kat seluruh kawasan tanah haram, lelaki dan perempuan datang solat pada waktu yang sama. Yes, perempuan pon datang untuk solat Jumaat di Makkah.

Kalau masuk waktu Zohor pukul 12, pukul 10:30 dalam dah full. Pintu masuk semua dah tutup. So kena datang awal kalau tak nak duduk berjemur kat luar.

65

Banyak burung merpati yang jinak kat luar masjid. Boleh main kejar kejar siap.

Tapi kalau dalam ihram jangan dikejar pulak. Silap silap burung tu lari kena langgar pastu mati, tak pasal pasal kena bayar dam.

66

Padang Arafah, dengan Jabal Rahmah in the background. Kawasan sini memang padang yang lapang, gersang and panas terik.

Waktu Haji, semua jemaah wajib berwuquf kat sini dari selepas Zohor sampai Maghrib. Time umrah yang umat manusia tak berapa ramai pon dah rasa boleh tahan berat dugaan, aku cuba bayangkan macam mana time Haji nanti dengan berjuta umat pada masa yg sama?

Macam mana time akhirat nanti dengan semua umat manusia dikumpulkan kat padang Mahsyar?

67

On top of Jabal Rahmah.

68

Tiang kat puncak Jabal Rahmah.

Ade riwayat yang mengatakan tiang ni menandakan kawasan pertemuan Adam dan Hawa bila turun ke bumi dan juga kawasan khutbah terakhir Rasulullah.

Entah kenapa, ramai umat bila sampai kat atas tu, tulis nama diorang and pasangan kat batu ni and ade yang sampai usap-usap batu ni sambil doa. Ko ingat ni bukit bendera nak tulis nama atas batu?

MasyaAllah.. Rasulullah tak ajar pon macam tu. Time Rasulullah tak wujud pon tiang ni. Nk berdoa, kat keseluruhan kawasan Arafah ni pon boleh berdoa. Berdoa sambil usap-usap batu ni dah jadi pelik macam batu ni yang ade power pulak.

69

Masjid Saidatina Aisyah di Tan’im. Salah satu kawasan miqat atau semapadan tanah halal dan tanah haram. Biasenye mutawwif akan bawak kita untuk buat umrah 3 kali. And setiap kali kita nak buat umrah kena keluar ke sempadan tanah haram untuk berniat dan pakai ihram. Tan’im ni adalah salah satu kawasan sempadan yang dekat dengan Makkah.

70

Again.. seeing everyone in two pieces of white clothes reminded myself that we are all equal before our Creator.

71

Hiking Up Jabal Nur (Gua Hira)

Biasa dalam itinerary umrah, mutawwif just akan bawak ke kaki Jabal Nur. Kalau nak naik atas, kena arrange sendiri. So boleh cari cab, tak mahal pon dalam 20-30 riyal. Trek dia pon ada tangga. Tapi tangga yang tinggi-tinggi.

Boleh buat light warm up before naik untuk elakkan cramp kat bahagian thigh. InsyaAllah dalam 30-40 minit dah sampai atas.

72

73

74

Alhamdulillah, aku sampai ke puncak tepat time azan subuh. Bila dengar sekeliling kawasan lembah tu serentak bergema dengan azan memang terasa hebatnya kuasa Allah.

Ambik wudhu siap siap sebelum hike or bawak air mineral sebotol. Takde punca air kat atas. Boleh solat berjemaah kat kawasan ni.

75

76

Sunrise.

Witness the first light
crawling its way slowly,
inches by inches,
before it covers the whole valley.
There’s no word left to describe the beauty of Allah’s creation.

77

Team pendaki Ar Raudhah yang berjaya sampai ke puncak. Nenek nenek Turki kat belakang tu pon lek je boleh sampai atas.

78

79

Gua Hira, kat puncak Jabal Nur. Kat sinilah tempat Rasulullah selalu bersendirian untuk beribadah dan akhirnya terima wahyu pertama “Iqra'” dari malaikat Jibril.

80

81

The other side of Jabal Nur. Time ni matahari dah naik. Cuaca still sejuk but dah agak silau.

82

Antara makhluk Allah yang ade kat Jabal Nur. Don’t worry, baboon ni jenis tak kacau orang. But kalau nak bagi food or drinks better letak je atas lantai. Jangan nak main sep-sep pulak. Silap-silap terkena cakar nanti.

83

The thing about hiking dengan panjat tangga is, time naik laju, but time turun lutut boleh bergegar sebab banyak kena pakai brek.

Kalau baik hati boleh la sedekah kat orang pakistan yang tolong buat tangga tu. Berderet ade kat sepanjang jalan.

84

Jabal Nur, from below.

By the way, masa kat sana jangan lupa untuk mintak kad from hotel yang ade address and direction dia. Kot tiba-tiba pegi mana-mana lupa jalan balik ke, and senang nak ke mana-mana dengan taxi. Time nak balik just tunjuk kad pada driver taxi and dia tahu la nak cari jalan.

85

Kem di Mina. Selain dari musim Haji, kawasan sini memang ditutup. Tapi ade dibawa utk ziarah dari luar.

86

The all seeing eye, Eye of Providence, salah satu simbol illuminati yg diketahui umum. Adakah satu kebetulan polis dan banyak organisasi lain di Saudi menggunakan simbol mata satu?

Wallahu Alam

87

Ahli jemaah main peranan penting dalam experience umrah kita. Alhamdulillah, dapat kenal Jemaah Ar Raudhah yang always supportive, caring and tolong-menolong. Even kenal sekejap, rasa dah macam family sendiri.

88

Hafizal, yang selalu teman aku ke hulu ke hilir. Hahaa. Tq brother.

89

90

Last day in Saudi. Waktu balik, sebelum ke airport biasanya jemaah akan dibawa ke masjid terapung ni. Tak ingat kat mana, but dah luar tanah haram. Bas akan berhenti kat sini, lunch makan nasi bungkus menghadap Laut Merah dengan angin sepoi-sepoi.

91

The Red Sea

92

Sabda Rasulullah, pada akhir zaman nanti,

“Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berbetis kecil dari bangsa Habsyah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang lelaki (Imam Mahdi) akan dibai’at di antara sudut (tempat Hajar Aswad) dan Maqam Ibrahim dan Kaabah tidak akan dirosakkan kehormatannya melainkan oleh orang Arab sendiri, dan bila mereka telah merosakkan kehormatan Kaabah, maka itulah saatnya kehancuran bangsa Arab,

Kemudian datang orang-orang Habasyah meruntuhkan Kaabah yang selepas itu tidak pernah dibina kembali selama-lamanya dan merekalah yang menggali harta yang terpendam di dalamnya”.

Bila baca hadis ni, aku terfikir, macam mana Kaabah yang begitu gah boleh diruntuhkan? Apa jadi pada umat Islam masa tu? Di mana aku pada masa tu? Masih ada hayat lagi ke? Wallahu alam

Semoga aku diberi kesempatan lagi untuk kembali ke Haramain

Syed Sk Kamil


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Syed SK Kamil

Syed SK Kamil

Seorang yang aktif dalam aktiviti muay thai, skuba diving, travel dan jamming gitar. Beliau mendapat lulusan MEd Psych dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kini berkerja di Kementerian Pendidikan Malaysia (KTM).

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami