Berita

Fatwa Vaksin COVID-19 Akan Diumumkan Selepas Mendapat Perkenan Agong

Oleh Fizah Lee  •  10 Dec 2020  •  1 min baca

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan bahawa fatwa penggunaan vaksin COVID-19 masih menunggu perkenan Agong.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sutan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah dan Majlis Raja-Raja telah dipersembahkan mengenai perkara ini selepas melalui perbincangan dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah memperhalusi semua aspek dalam penggunaan vaksin ini termasuk perihal maqasid syariah serta memastikannya agar bebas dari kemudaratan kepada tubuh badan.

Beliau berkata, perkara itu telah dipersembahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas pada 3 Disember lalu.

Fatwa tersebut akan diumumkan setelah mendapat persetujuan dan perkenan Agong.

Sumber:
Astro Awani


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami