Gaya Hidup

Eh, Buat Kerja Rumah Pun Boleh Kurus?

Oleh Nazurah Hassan  •  17 Jan 2016  •  2 min baca

Berita baik untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk ke gym – Melakukan kerja rumah sebenarnya sudah cukup membakar kalori seperti membuat senaman!

Menurut sebuah kajian yang disiarkan dalam mirror.co.uk yang disiarkan pada tahun 2012, wanita British pertengahan umur pada masa kini dikatakan mempunyai saiz pinggang 6 inci lebih lebar berbanding 60 tahun sebelumnya kerana mereka kurang membuat kerja-kerja di rumah.

Jadi, jangan bersungut sekiranya nampak rumah bersepah. Sebaliknya, lihatlah ia sebagai peluang untuk anda kekal sihat dan sekaligus membuang lemak di badan!

Berapa Banyak Kalori Yang Boleh Dibakar Dengan Membuat Kerja Rumah?

(*Anggaran kalori yang dibakar dalam sejam)

1. Memasak dan menyediakan makanan – 102 kalori
2. Mencuci pinggan – 100 kalori
3. Menggosok baju – 113 kalori
4. Menyapu sampah – 156 kalori
5. Mengemop lantai – 170 kalori
6. Mencuci tandas – 250 kalori
7. Membeli-belah dan mengangkat barang di pasaraya – 260 kalori
8. Mengemas rumah – 300 kalori
9. Mencuci kereta – 300 kalori

Lebih bersungguh, lebih cepat kurus!

Jumlah kalori yang dilihat dalam nombor di atas hanyalah anggaran bagi pergerakan normal. Sekiranya anda melakukan pergerakan dengan lebih kuat dan laju (seperti menyental lantai sampai berpeluh-peluh) sebenarnya lebih banyak kalori boleh dibakar.

Bukan setakat itu saja, malah rumah akan kelihatan bersih berkilau!

Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa keperluan kalori harian bagi setiap individu adalah berbeza kerana ia bergantung kepada umur, berat badan semasa, ketinggian, jantina dan kadar aktiviti. 

Oleh itu, jika anda merancang untuk berdiet, pastikan anda membuat lebih banyak rujukan supaya pemakanan dan aktiviti senaman dapat disesuaikan dengan keperluan kalori anda secara peribadi.

Mudah-mudahan, selepas ini kita akan rasa lebih bersemangat dan kreatif untuk melakukan kerja-kerja rumah!

*Nota – Artikel ini ditulis dengan berpandukan maklumat-maklumat dari Dr Nina Cherie dan CalorieLab.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Nazurah Hassan

Nazurah Hassan

Saya seorang surirumah dan penulis topik kekeluargaan. Sedang merantau dan kini menetap di Sarawak.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami