Inspirasi

Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Mendengar Guruh

Oleh Natirah Azira  •  15 Jul 2020  •  2 min baca

Melihat hujan yang turun renyai-renyai di luar tingkap mendatangkan perasaan tenang. Ada kala ia diselangi guruh yang kuat atau kilat yang memancar tiba-tiba.

Selain menikmati ketenangan yang dibawa oleh air hujan, anda juga boleh membaca beberapa doa ketika mendengar guruh atau melihat kilat.

Disebutkan dalam hadis daripada Abdullah bin Umar, beliau mengkhabarkan bahawa apabila Rasulullah SAW mendengar guruh atau kilat, baginda membaca doa ini;

اللَّهُمَّ لَا تَقْتُلْنَا بِصَعْقِكَ، وَلَا تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ، وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ

(Allahumma la taqtulna biso’qika, wala tuhlikna bi ‘adzaabika, wa ‘aafina qobla dzaalika)

“Ya Allah! Janganlah Engkau membunuh kami dengan kemarahanmu dan janganlah Engkau binasakan kami dengan azabMu serta ampunilah kami sebelum daripada itu.” (Imam al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai gharib)

Manakala Abdullah bin Zubair RA, apabila mendengar petir, beliau terus berhenti bercakap dan membaca:

سُبْحَانَ الَّذِي (يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِه) ثُمَّ يَقُولُ: إِنَّ هَذَا لَوَعِيدٌ شَدِيدٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ

(Subhanalladzi yusabbihu-rra’du bihamdihi walmala ‘ikatu min khiifatih)

“Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya.” Kemudian beliau berkata lagi: “Sesungguhnya ini adalah peringatan yang keras untuk penduduk bumi.” (Riwayat Imam Malik di dalam al-Muwatta’, no.1801 & hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad, no.724)

Selain itu, disunatkan juga membaca tasbih ketika mendengar guruh, petir atau kilat. Ia merupakan kebesaran Allah SWT kerana bunyinya yang kuat mampu menggerunkan hati. Berdoalah kepada Allah agar dijauhkan daripada bala bencana, serta dijauhkan juga dari keburukan yang dibawa oleh makhluk-makhlukNya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami