Ibadah

Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Mendengar Berita Kematian

Oleh Fizah Lee  •  9 Nov 2020  •  2 min baca

Setiap manusia akan merasai kematian kerana syarat untuk mati adalah hidup. Tidak perlu tunggu menjadi tua barulah akan dicabut nyawa atau tiada syarat yang sebut hanya orang sakit yang akan merasai kematian.

Hakikat dan perjalanan kehidupan manusia adalah berbeza-beza. Ada yang ditetapkan Allah untuk hidup hanya sehari, ada juga yang ditakdirkan hidup selama 24 tahun atau ada yang ditakdirkan hidup selama 100 tahun.

Namun, di akhirnya setiap insan tersebut akan pergi meninggalkan dunia ini dan bertemu Ilahi. Bukan manusia sahaja yang akan menemui ajalnya, namun setiap makhluk di muka bumi ini, sama ada yang berakal atau tidak.

Maka, setiap kali kita mendengar berita kematian, jadikanlah ia sebagai salah satu peringatan kepada diri sendiri bahawa ajal kita juga semakin hampir.

Apabila menerima berita kematian, ucaplah ucapan istirja’, iaitu:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Maksud: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali.”

Dan, dianjurkan juga ke atas kita untuk membaca doa kepada mereka dengan doa untuk memohon keampunan untuk mereka.

Ia ada diceritakan dalam sebuah peristiwa ketika Baginda SAW selesai menguburkan jenazah, kemudian Baginda berdiri dan berkata:

استغفِروا لأخيكم ، واسألوا له بالتَّثبيتِ فإنَّه الآن يُسألُ

Maksud: “Mohonkanlah ampun untuk saudara kalian dan mintalah kekuatan untuknya kerana sesungguhnya dia sekarang sedang ditanya.” (Dari Uthman Bin Affan, 4/264. Disahihkan oleh Al-Albani)

Doanya berbunyi:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ثَــبـِّـــتْهُ

Maksud: “Ya Allah, ampunilah dia dan kuatkanlah dia (untuk menjawab pertanyaan malaikat)

Ia adalah salah satu bakti terakhir yang boleh dihadiahkan kepada mereka. Sama ada insan tersebut adalah di antara kalangan kita mahupun yang tidak dikenali, boleh saja hadiahkan doa ini kepada mereka.

Wallahu a’alam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami